Thursday, April 25, 2013

LELAKI VS PEREMPUAN



Hai hai hai. Lama betul Nifi tak menjenguk blog kesayangan ni. Semak samun, sawang semua hade nih. Nampaknya, takde perubahan pun blog ni. Masih sama seperti dulu. Rindu betei rasanya kat blog ni. Mintak maaf lerr semua. Nifi busy. Busy sangat sangat sangat! Belajar, kerja. Dengan laptop dah hancur, tab dah takde. Susah nak update. Takpe takpe takpe. Hari ni Nifi nak update pasal lelaki vs perempuan.

 Lelaki vs Perempuan? Hmm. Kali ni Nifi nak fokuskan kat lelaki. Bukan bermaksud Nifi menyebelahi kaum lelaki ye. Nifi cuma nak list kan serba sedikit kelebihan mereka berbanding perempuan.

Pertama, lelaki lebih agresif berbanding perempuan. Ada penyelidik berpendapat tahap keagresifan kaum lelaki dan perempuan sama sahaja. Cumanya, lelaki lebih agresif apabila berada di luar rumah dan perempuan sebaliknya.

Kedua, lelaki bersikap pertandingan. Bersikap pertandingan ni maksudnya, bila dia nakkan sesuatu, dia akan cuba dapatkan jugak walaupun ada halangan. Hmm. Keras kepala juga ye lelaki ni.

Ketiga, mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kebanyakan lelaki bersikap selamba je kan. Selain tu, disebabkan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi, jadi mereka mempunyai kemahiran kepimpinan yang lebih baik. Patutlah lelaki lebih ramai menjadi pemimpin dunia.

Keempat, lebih pandai mengawal perasaan dan kurang beremosi. Yang ni, Nifi setuju sangat-sangat. Lelaki memang pandai simpan perasaan. Dia buat-buat benci kita, marah kita, suka cari pasal dengan kita, padahal dia sukakan kita. Kann. Ehemm. :)

Kelima, lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding perempuan. Sebab tu, bila diarahkan untuk memikirkan sesuatu, lelaki dapat mengeluarkan idea yang bernas.

Lima point. Cukuplah tu. Lepas ni, Nifi buat kelebihan perempuan pulak ye. Mungkin akan mencapai 10 point. Ehh? Hahaha. Mentang-mentanglah Nifi ni perempuan kan. Dah dah. makin melalut pulak. Bai semua. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...