Tuesday, December 25, 2012

DIA BUKAN SAHABAT JIKA ...



Berdasarkan tajuk entry, mesti korang dapat teka apa yang ingin sampaikan. Mengenai sahabat. Seseorang tu tak layak digelar sahabat bila dia melakukan apa yang Nifi senaraikan di bawah ni. Nak tahu? Jommm.

1. Suka menjatuhkan kamu
Ciri-ciri :
- Suka cari kesalahan kamu.
- Setiap perkara yang kamu lakukan akan dinilai dari sudut negatif.
- Dia tidak mempunyai ramai kawan.

2. Memberi pengaruh negatif
Ciri-ciri :
- Kamu sendiri dapat lihat sikap buruknya. Contoh : ponteng, menipu.
- Dia mengajak kamu melakukan perkara yang salah.
- Dia suka melakukan sesuatu secara sesuka hati dan kamu tidak menyenanginya.

3. Mempergunakan kamu
Ciri-ciri :
- Dia tidak pernah berkongsi kegembiraan dengan kamu
- Sekiranya dia bersedih, dia mencari kamu.
- Ketika kamu memerlukan pertolongan, dia hanya mendiamkan diri.

4. Tikam dari belakang
Ciri-ciri :
- Apa yang kamu miliki, dia turut ingin miliki.
- Dia suka merahsiakan sesuatu perkara.
- Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada kamu.

5. Suka meniru kamu
Ciri-ciri :
-Kebanyakan barangan milik kamu sama dengan barangan milik dia.
- Setiap kali ingin membeli sesuatu barang, dia akan bertanyakan pendapat kamu.
- Apa yang kamu suarakan, dia juga turut suarakan.

Mungkin ada pernyataan yang korang kurang setuju. Walau apa pun, berhati-hatilah memilih kawan. Nifi pernah terkena. Tak nak korang terkena jugak. Semoga dijauhkan. :)

7 comments:

Kebahagiaan Hidupku said...

nauzubillah dari jadi camtu dan dapat yag jenis camtu

nifi2408 said...

Kannn. Amin. :)

Acik Riotaro said...

haha..btol tu..klu ciri2 tu ada pd semeone..die tak lyk jd kawan apth lg shbat..

kongsi apa saja said...

takpe la.. kita cuba yang terbaik... kebaikan mengatasi keburukan.. insyaAllah... berbaik sangka jika ada rakan2 mcm tu

cik.furas said...

setuju2.. mintak jauh..

jom jadi sahabat sampai syurga

http://duniahanyalahsementara.blogspot.com/2012/12/bisakah.html

TwIstiEs*meSti Mau* said...

saya budak baik.. ^_^

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...