Tuesday, November 27, 2012

TIPS MENGATASI MASALAH KULIT MUKA



Bangun pagi. Masuk bilik air. Tengok muka kat cermin. Arghhh! Jerawat! Mesti korang pernah hadapi masalah ni kan. Jadi, kali ni Nifi nak beri tips bagaimana cara untuk mengatasi masalah kulit muka ni.

1. Bersihkan muka setiap pagi dan sebelum tidur. Pastikan korang guna pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka korang. Tujuannya untuk membersihkan liang roma yang tersumbat, menanggalkan kotoran, sel-sel mati dan minyak.

2. Gunakan produk perawatan khas seperti gel yang tak berminyak untuk mengurangkan minyak pada kulit muka. Kalau kulit berjerawat dan berminyak, beri tumpuan pada tmpat yang bermasalah yakni berjerawat terlebih dahulu.

3. Kalau kulit muka korang terlalu berminyak, terutama di zon T, gunakan produk khas atau pelembap yang kurang berminyak untuk mengatasi keadaan kulit muka tu.

4. Gunakan losyen pelindung matahari. Ini dapat melindungi kulit dari sinaran ultar violet atau UV. Bukan tu je, penggunaan losyen ni dapat mengatasi pegeluaran minyak dan pori-pori tersumbat.

5. Buat masker. Sama ada masker yang terdapat di kedai-kedai ataupun dibuat secara tradisional, korang boleh buat. Buatlah serajin yang boleh. Ini untuk menyegarkan kulit muka.

Perihal masker tadi, kalau korang nak buat secara tradisional, korang boleh google cara-caranya. Ada bermacam-macam cara dan ramuan. Korang boleh cuba mengikut kesesuaian. Selamat mencuba!

3 comments:

Aseng Tjoa said...

Nice blog!
Ingin mengatasi masalah kulit/wajah anda??
sekaligus menjadi salah satu resller kami??
temukan kami di

www.mcidistributor.blogspot.com

sid said...

wahh...boleh cube niyy!!hihu ^^

9n0L4 said...

nice tips. boleh cube lps ni. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...