Thursday, October 18, 2012

TIPS UNTUK MENUTUP EYEBAG



Korang ada masalah lingkaran gelap bawah mata? Kalau bahasa orang putih, kita panggil 'eyebag'. Ada tak? Nifi ada. T.T Jadi, kali ni Nifi nak kongsikan cara-cara untuk menutup eyebag tu, supaya tak terlalu kelihatan.

1. Gunakan concealer.
Mula-mula, sapukan concealer secara rata pada kawasan bawah mata yang hendak ditutup. Gunakan concealer yang warnanya lebih terang daripada warna kulit korang tau.

2. Sapukan bedak asas (foundation) dan bedak tabur.
Kemudian, sapukan bedak asas jenis cecair. Pastikan warna bedak asas tu sama dengan warna kulit korang tau. Lepas dah rata tu, sapukan pulak bedak tabur. Pastikan semua bahagian muka terutamanya mata dan bawah mata diratakan dengan betul.

3. Gunakan eye liner.
Untuk nampakkan mata korang lebih menaik dan lebar, lukis line  pada garis mata atas dan garis mata bawah. Kalau untuk mata bawah, line tu dibuat sedikit ke arah luar mata dan bahagian sudutnya dilakar ke atas dan bersatu dengan garis mata bahagian atas.

4. Gunakan pembayang mata (eye shadow).
Untuk nampakkan mata lebih mendalam, gunakan eye shadow yang berwarna tua pada kelopak mata atas. Selain tu, korang boleh gunakan bulu mata palsu untuk kesan yang lebih menarik.

Ehh. Ni bukan tips untuk tutup eyebag je dah ni. Dah macam tips untuk cantikkan mata pulak. Hahaha. Takpelah. Semoga korang dapat praktikkan okay. :)

2 comments:

mselim3 said...

kalu lelaki macam mana nak hilangkan eyesbag nie ... x kan nak pakai makeup lak kan...ada petua lain tak?
heheh saje nak tahu...

mselim3

nifi2408 said...

mselim3 : Ada ada. Tapi yang paling common, letak hirisan timun kat mata laa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...