Thursday, September 27, 2012

TIPS RAMBUT PANJANG LEBIH CEPAT



Sape yang tak teringin nak dapatkan rambut yang panjang kan. Kali ni, Nifi akan bagi tips untuk korang praktikkan agar rambut korang akan lebih cepat panjang.

1. Buang rambut rosak
Hujung-hujung rambut yang rosak, tak kiralah kering ke, pecah-pecah ke akan melarat ke helaian rambut yang lain. Jadi, korang kena trim rambut korang tu setiap 8 - 10 minggu sekali kat salun. Cakap je kat pendandan rambut tu, korang nak panjangkan rambut, jadi trim rambut secara kering, tak payah basuh rambut korang tu. Sebabnya, kalau dah basah, macam mana nak kesan rambut yang rosak kan.

2. Manjakan rambut
Kalau korang nak tahu, rambut yang panjang ni sebenarnya rambut yang dah tua dan tersangatlah rapuh. So, korang kena pilih syampu yang betul-betul sesuai dengan rambut korang tu. Guna conditioner dan serum lepas bersyampu tu. Selain tu, guna masker khas seminggu sekali. Masa korang mendandan rambut korang tu, buat secara berhati-hati dan kalau boleh, janganlah terlalu kerap tau.

3. Biarkan kulit kepala bernafas
Selalunya, rambut yang tertutup (bertudung) secara terus menerus akan membuat minyak dan kotoran berkumpul pada akar rambut sampai kulit rambut tak boleh bernafas. Itu boleh menjejaskan pertumbuhan rambut korang tau. Jadi, pastikan kulit kepala sentiasa bersih. Kalau korang jenis yang banyak berpeluh dan rambut berminyak, gunakan syampu yang berformula lembut setiap hari.

4. Lumur dengan santan
Ini petua mama Nifi. Mama cakap, rajin-rajinlah lumur dengan santan. Biarkan selama sejam supaya khasiat santan tu betul-betul meresap ke dalam kulit kepala dan rambut korang. Katanya, kulit kepala takkan jadi kering. Rambut pun makin lebat. Rasanya ramai yang gunakan petua ni kan. Memang berkesan.

Korang ada tips yang lain? Kongsi kat ruangan komen bawah ni ye. :)

5 comments:

_NisaFuzi_ said...

nak try la ! memang tengah mecari petua ni pun. stress rambut tak panjang2. merajok kot asyik duk potong je.. hehe

tholia joseph said...
This comment has been removed by the author.
tholia joseph said...

Berapa kali sminggu wat treatment santan tu ekk...santan segar ke..?

Anonymous said...

Tholia Joseph : Dalam seminggu, buat 2, 3 kali ye. -author-

Anonymous said...

mak saya kata kakau kita selalu biarkan rambut kita basah lepas tu sikat tak bsik untuk rambut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...