Monday, August 6, 2012

KELAHIRAN DAN KEMATIAN


Pernah tak korang terfikir, apa yang terjadi sebelum korang lahir? Bagaimana pulak lepas korang meninggal dunia? Pernah terfikir tak? Mati itu pasti. Itu janji Allah. Kita tak boleh nafikan. Jadi, Nifi post entry ni. Bertujuan untuk musahabah diri. Tak salah kalau baca, untuk kebaikan kan. :')

 1. Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
2. Ketika kamu dilahirkan,  kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.
3. Ketika kamu dilahirkan,  kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.
4. Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.
5. Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.
6. Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.
7. Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.
8. Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-nantikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.
P/S : Semoga korang dapat manfaat daripada post ni. Sekian. :)

3 comments:

MakCik Muda said...

sedih tengok pic baby tu..hope dijauhkan dari segala yg tak elok

yusuflaili(Goku) said...

perkongsian yang bijak.

nifi2408 said...

MakCik Muda : Mudah-mudahan~

yusuflaili(Goku) : Terima kasih. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...