Sunday, June 24, 2012

MERCU KEBANGGAAN NEGARA

Assalamualaikum! Hai semua! Kali ni, Nifi nak tunjuk sikit mengenai mercu tanda yang menjadi kebanggaan setiap negara. Mercu tanda ni macam landmark laa. Sesebuah negara tu dikenali dengan apa. Contohnya negara kita sendiri, Malaysia.

Malaysia terkenal dengan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Menara Kuala Lumpur, masyarakat berbilang kaumnya, BERSIH, opsss! Dah lari tajuk tu. :P


Untuk entry kali ini, Nifi akan fokus kepada tempat atau bangunan yang menjadi mercu tanda sesebuah negara tersebut. Jom!

Thursday, June 21, 2012

VIDEO MENARIK DARI IPRODUKSI

Assalamualaikum! Hai semua! Nifi baru balik dari blogwalking. Ehh bukan-bukan. Baru balik dari youtube surfing sebenarnya. Ehemm. Banyak video menarik yang Nifi jumpa tau. Dan Nifi rasa, Nifi nak kongsikan kat blog ni.

Video-video ni bukan video biasa ye. Video ni berbentuk lukisan kartun. Bagi Nifi laa. Nifi tak pandai nak beza-bezakan jenis video ni. :) Dan yang penting, setiap video tu ada jalan ceritanya yang tersendiri dan menyentuh hati kita. Bukan tu je, ada pengajaran di sebaliknya.


Nak tahu video apa? Video ni dimuatnaik oleh Iproduksi. Buat masa ni, hanya lima video telah dimuatnaik. Jom tengok. :)

Friday, June 15, 2012

TONGUE TWISTERS!

Tongue Twister ni ialah ayat yang menimbulkan kesukaran untuk bercakap apabila ayat tersebut dibaca. Sebabnya, dalam satu ayat, ada pelbagai bunyi yang sama. Cara untuk membaca ayat ni ialah dengan mengulang ayat ni beberapa kali. Lepas tu, ayat yang dibaca tu mesti dibaca dengan laju dan fasih serta tiada kesalahan.



Untuk entry kali ni, Nifi akan sertakan beberapa ayat Tongue Twister untuk korang. Tapi, dalam bahasa Inggerislah ye. Sebabnya, Nifi belum jumpa lagi versi bahasa Melayu. :) Jom layan Tongue Twister sampai bergulung, berbelit lidah tu! :D



Monday, June 11, 2012

ISTANA-ISTANA DI DUNIA

Hai ! Maaf ye korang. Nifi takde masa nak update blog. Tengok, dah bersawang dah blog ni. Walau bagaimanapun, hari ni Nifi akan cuba untuk update blog ni ye. Berdasarkan tajuk, mesti korang dapat agak apa yang Nifi nak sampaikan. Semestinya, GAMBAR! Hehehe. 


Nifi tahu, kebanyakan orang tak berminat untuk membaca isi entry yang panjang-panjang. Macam mana Nifi tahu? Ehemmm. Nifi pun macam tu jugak! *Sila jangan bagitahu sesiapa k. Rahsia kita je tau.* Okaylah, malas menaip panjang-panjang, jom tengok antara istana-istana yang ada kat atas muka bumi ni. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...