Monday, May 7, 2012

SURAH SURAH TERBAIK


Wahh. Wahh. Wahh. Semanjak dua menjak ni, rajin betul Nifi post pasal entry keagamaan ye. Bukan apa. Saja nak berkongsi pengetahuan. Apa sahaja yang kita baca tu, tak salah jika disebarkan. Asalkan ia berguna dan bermanfaat kepada orang lain. Betul tak?

Okayy. Untuk kali ni, Nifi nak listkan beberapa surah yang dapat menghalang ujian Allah swt. Bukanlah menghalang sepenuhnya, tetapi melindungi kita daripada ujian yang diberikan kepada kita. Kita cuma berusaha. Apa-apa pun terletak di tangan Allah swt, ye tak?

Antara surah-surah yang istimewa ialah surah Al-Falaq, surah Al-Ikhlas, dan lain-lain. Alaa. Surah-surah yang kita selalu baca dalam solat tu kan? Yang pendek-pendek dan mudah dihafal tu. Kalau boleh, amalkanlah ye. Sekarang ni, banyak benda perkara tak baik berlaku dalam kehidupan kita. Jadi, kita kena jadikan surah-surah ni sebagai pendinding kita. Jom kita tengok senarai surah tersebut. :)



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

See. Senang kan surah-surah ni. Ada antara surah ni, memang sudah diajar dari tadika dan sekolah rendah lagi. Betul tak? Mustahil tak ingat. Jadi, jom amalkan. Semoga kita dapat manfaatnya bersama-sama okay. :)

2 comments:

Tatang Tajudin Ibnu Supyan said...

Banyak sekali manfaatnya Al-Quran itu.. Tapi cobalah untuk setiap hari membaca Al-Quran bukan hanya yang dikhususkan saja. Karena Semua Surat Al-Quran itu Istimewa... Bacalah semua Isi Al-Quran...

Syukron untuk sharing nya...

Semoga Barokah

nifi2408 said...

Sama-sama. Terima kasih jugak sebab singgah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...