Saturday, May 5, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW



Omagaddd ubat gegat! Dah bulan Mei? Tak sangka. Cepatnya masa berlalu kan. Sekarang Nifi dah setelkan final examination. Bercuti selama dua bulan. Hoorayyy! Jadi, ada banyak masa untuk blogwalking, buat entry baru, berfacebook, bertwitter, bergole-golek atas tilam, berrr ... opss over pulak.

Okayy. Untuk entry pertama bulan Mei ni, Nifi nak ceritakan tentang makanan kegemaran pemimpin kesayangan kita, iaitu Rasulullah saw. (sila selawat ye.) Perkara ni Nifi tahu lepas browse through Facebook hari tu. Copy dan paste kat blog ni. (nampak sangat sikap pemalasnya kan?)

Urghhh. Move on. Move on.


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.



6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan. Susu kambing sebaik-baiknya ye.




8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga. Tak dinyatakan pulak cendawan jenis apa. Semua jenis yang boleh dimakan tu kot.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)


12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias (Facebook)

P/S : Oh ye. Blogger comel dan terkenal, Dena Bahrin dah selamat diijabkabulkan. Tak sangka ye, dalam usia yang muda, dah bergelar seorang isteri. Bila baca tweetnya di Twitter, terasa macam .......... nak kahwin jugak! Ehehehe. Semoga berkekalan laa ye. Bai. :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...