Thursday, May 10, 2012

KENAPA RASA LAPAR WALAUPUN DAH MAKAN?


Pernah tak korang rasa lapar balik walaupun dah makan banyak-banyak sampai rasa dah tak boleh bangun dah? Pernah? Nifi selalu macam tu. Walaupun dah makan kenyang-kenyang, dalam 10-15minit macam tu, terasa lapar. Siap menggigil-gigil lagi. Nak tahu kenapa? Baca sebab-sebabnya kat bawah ni.




1. Terlalu banyak minum minuman yang manis.

Soda, teh ais, dan lain-lain minuman manis adalah sumber terbesar fruktosa. Fruktosa ni boleh tipu otak kita supaya teringin nak makan, walaupun kita kenyang. Ia berfungsi dengan menghalang keupayaan badan untuk menggunakan leptin, "forgive hormon" yang memberitahu kita apabila kita sudah cukup untuk makan.

2. Makan makanan dalam tin.

Banyak makanan dalam tin yang tinggi bisphenol-A, atau BPA. Pendedahan kepada BPA boleh menyebabkan ketidaknormalan dan peningkatan dalam leptin menurut penyelidik Universiti Harvard.

3. Tak makan sayur.

Korang tahu tak, sayur berdaun hijau ni kaya dengan folat, vitamin B yang membantu mengatasi kemurungan, keletihan, dan pertambahan berat badan. Sayur-sayuran berdaun juga tinggi dengan vitamin K. Ia dapat membantu mengatasi ketagihan.

4. Berada dalam keadaan dehidrasi.

Dehidrasi ni macam lapar jugak tau. Kalau korang makan dan masih berasa lapar, minum segelas air sebelum makan dan lihat. Mesti keinginan untuk makan tu berkurang.

5. Korang tengah boring.

Untuk uji diri sendiri, bayangkan makanan. Kalau korang betul-betul lapar, makanan tu akan kelihatan menarik. Tapi kalau rasa biasa-biasa je, maknanya tekak korang tu yang mengada-ngada, bukannya lapar betul-betul pun.

Harap entry kali ni membawa manfaat kepada semua. Baiii. :)

6 comments:

Ayu Iman said...

erm...klo mcmtu iman nie xmakan sayur juga...tapi xdelah rasa lapaq cmtue..tp iman pulak jenis xtolak klo depan mata ade ayam goreng(drastik)..fav tue...

nifi2408 said...

AYU IMAN : Ehh. Samalah. Tak makan sayur. Sep sikit ! :D

JungRara said...

maye saya tgh borink...sebab tu lapar lagi..haha

Lily said...

Lily pun selalu cmni. Mesti sbb tak suka makan sayur xD

yusuflaili(Goku) said...

makan gelojoh sangat pun cepat lapar balik agaknya.

nifi2408 said...

JungRara : Itu salah satu sebabnya. Tak tahu apa nak buat, jadi mengunyah laa kan. :D

Lily : Kita sama. Sep sikit! :D

yusuflaili : Mungkin betul. Lagi-lagi kalau tak baca bismillah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...