Wednesday, April 11, 2012

FAKTA TENTANG KELAHIRAN


Iklan Nuffnang dah mula hilang walaupun BE masih ada. Mungkin sebab pengunjung dah mula berkurang. Yelah. Sejak kembali bergelar pelajar, masa yang ada untuk blogging dan blogwalking amatlah terhad. Kadang kadang, tak sempat pun. Minta maaf laa ye terutamanya yang dah follow blog ni. Nifi belum berkesempatan nak follow balik. Tunggu ye. :)


Okay. Hari ni Nifi update pasal fakta tentang kelahiran. Artikel ni Nifi dapat di LifeFit.my. Tersentuh hati bila baca artikel ni. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita. Sebab tulah Allah tingkatkan darjat seorang ibu. Kalau tak silap, darjat ibu tiga kali lebih tinggi daripada bapa kan. Ibu, ibu, ibu. Dan kemudian barulah si bapa. Takpe. Jom teruskan dengan fakta ni. :)

My mum. Beloved mum. :')
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Source : LifeFit.my

Betapa banyaknya pahala dan kebaikan bagi seorang ibu. Jadi, korang, hormat, taat, dan sayangilah ibu korang. Takde orang lain yang boleh jadi ibu korang. Dia seorang je. :')

3 comments:

yusuflaili(Goku) said...

salam;
syurga di bawah telapak kaki ibu.

Hafiz Al-Pazin said...

Untungnya wanita. untung Cik NIFI ada rahim, saya ada tali perut je tau. hihi. btw, sy doakan kamu menjadi salah seorang kaum hawa yang berbahagia di syurga. all the best :)

sis92 said...

sis pun pernah share gak pasal ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...