Sunday, April 1, 2012

CARA MEREDAKAN HIDUNG TERSUMBAT

Bila bangun pagi, hidung Nifi mesti tersumbat. Jadi, Nifi tanyalah kat orang-orang, macam mana nak redakan hidung tersumbat ni. Dan, antara jawapan mereka ialah :


1) Posisi semasa tidur
Masa korang nak tidur tu, pastikan kepala berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari badan. Sebabnya, kalau lendir tersumbat kat hidung tu lama-lama, boleh jadi infection kat paru-paru korang tau.

2) Hidu bawang merah
Kalau dengan cara tidur tak jalan, cuba hidu bawang merah pulak. Sebabnya, bau pedas bawang merah tu akan mencairkan lendir yang tersumbat tu. Contohnya, masa mata korang berair lepas kupas bawang, mesti ada air hidung keluar sekali kan. Macam gitulah.

3) Hidu wap panas
Buat laa teh ke, milo ke, kopi ke. Pastikan betul2 panas. Dekatkan cawan tu kat hidung, lepas tu hidu wap panas tu. Ni macam ikut teori ais sejuk mencair sebab kena panas laa kot.

4) Mentol
Bukan mentol lampu tu tau. Ni menthol / mint. Kunyah je chewing gum perasa mint tu. Kalau aiskrim berperisa mint tu, tak pastilah pulak. Kan ada sesetengah orang yang akan bersin bila makan benda-benda yang berperisa mint kan. Mesti bersin-bersin dan taddaaaa! Hidung tersumbat pun dah baik.

P/S : Ada orang kata, guna Cool Fever. Tak taulah boleh baik ke tak. Nifi tak pernah try pun. :D Nak lagi advance, ambik vacuum cleaner, sedut aje. Hahaha. :D

10 comments:

Cik Sweet Pea said...

ada resdung x?

yusuflaili(Goku) said...

salam;
bubuh je minyak angin 'Cap Kapak'atau guna Nazal inhaller.

Koding said...

Sedut air melalui hidung setiap pagi...

nifi2408 said...

Cik Sweet Pea : Rasanya takdelah. :)

nifi2408 said...

yusuflaili : Berkesan ke? Nifi try dulu ehh. Tengkiuu. :)

nifi2408 said...

Koding : Err. Tak pernah dengar pun cara tu? Bukan makin tersumbat ke?

Longka Ca said...

guna penunu bunsen

nifi2408 said...

Longka Ca : Haa? Biar betik? Hahaha. :P

MaMa Rey said...

susah mau tdr kalau hidung tersumbat.rasa sesak nafas

nifi2408 said...

MaMa Rey : Betul tu. Kalau rimas sangat, sampai tak boleh tidur jadinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...