Saturday, April 21, 2012

15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA


Oh hai semua. Nifi dah kekurangan waktu untuk memberi sedikit perhatian kepala blog ni. Dah makin bersawang nampaknya. Harap harap iklan Nuffnang tak lari. Hehehe. Walaupun agak sibuk, sebab final examination dah nak dekat, (dua hari lagi je weyy!), Nifi tetap nak update. Tapi, cuma entry copy paste jelah ye. Maaf! Maaf! Maaf! Maaf! Maaf!

Taken from Tumblr. Gambar selingan saja. :)
Nifi ambik entry ni daripada Facebook. Bila surf through Facebook hari tu, (ada pulak masa nak bukak Facebook ye?) nampak entry ni. agak menarik perhatian. 15 Maksiat Yang Menurunkan Bala. Harap harap kita semua tak tergolong dalam golongan ni ye. Selamat membaca. :)


Daripada ali bin abi thalib r.a rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka :

1-apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2-Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3-Zakat dijadikan hutang.

4-Suami memperturutkan kehendak isteri.

5-Anak derhaka terhadap ibunya.

6-Sedangkan ia berbaik dengan kawannya.

7-Suka menjauhkan diri dari ayahnya.

8-Suara ditinggikan dalam masjid.

9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.

10-Seseorang yang di mulia kerana ditakuti kejahatannya.

11-Arak diminum di merata tempat.

12-Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

13-Para isteri disanjung-sanjung.

14-Muzik banyak di mainkan.

15-Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.

NOTA : Harap-harap, hati, minda kita kuat untuk mengelak segala maksiat yang disenaraikan di atas ni. Bukan maksiat ni saja, semua jenis maksiatlah senang cerita. Aminnn. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...