Saturday, March 17, 2012

MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT

Nifi banyak menghabiskan masa at library sebenarnya . Duduk kat celah celah rak sambil baca novel . Ehh . Bukan novel saja tau . Tak percaya ? Nifi ada baca buku 33 Panduan Mendapatkan Khusyuk Dalam Solat hasil tulisan Muhammad Shaleh bin Munajid .



Dalam tu , disertakan panduan panduan dan huraiannya sekali . Nifi tak larat lerr nak ambil huraiannya , panduannya sahaja okay . Lagi pun , senang faham , bukannya susah pun . Nak dapatkan khusyuk dalam solat ? Jom baca panduan kat bawah ni .


1. mengadakan persiapan melakukan solat .
2. bersikap tenang dalam solat .
3. mengingati mati dalam solat .
4. berfikir dan mengerjakan ayat ayat dan zikir zikir yang dibaca .
5. memotong bacaan ayat demi ayat .
6. membaca secara taktil dan merendahkan suara .
7. mengetahui bhawa Allah akan menerima solatnya .
8. melakukan solat dekat tembok atau pembatas .
9. meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada .
10. memandang tempat sujud .
11. menggerak gerakkan telunjuk .
12. meragamkan surah , ayat , zikir , dan doa dalam solat .
13. melakukan sujud tilawah .
14. memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan .
15. memerhatikan keadaan solat orang yang terdahulu .
16. mengetahui kelebihan kelebihan khusyuk dalam solat .
17. bersungguh sungguh berdoa pada tempatnya .
18. berzikir dan berwirid selepas solat .
19. menghilangkan sesuatu yang dapat mengganggu konsentrasi .
20. tidak melaksanakan solat dengan memakai pakaian yang berwarna warni atau bergambar yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain .
21. tidak melaksanakan solat di belakang makanan yang mengiurkan .
22. tidak melaksanakan solat pada saat menahan buang air .
23. tidak melaksanakan solat pada saat mengantuk .
24. tidak melaksanakan solat di  belakang orang yang bercakap atau sedang tidur .
25. tidak menyibukkan diri dengan meratakan tempat sujud .
26. tidak mengganggu orang lain dalam pembacaan solat .
27. tidak menoleh noleh dalam solat .
28. tidak mengangkat pandangan ke langit .
29. tidak boleh meludah ke hadapan ketika solat .
30. betusaha untuk tidak menguap .
31. tidak beriktisar dalam solat .
32. tidak melabuhkan pakaian sampai ke tanah ketika solat .
33. tidak menyerupai haiwan .

Mesti korang tertanya tanya tentang tiga panduan yang terakhir tu . Meh sini Nifi terangkan . Nombor 31 , beriktisar tu maknanya bercekak pinggang . Bercekak pinggang tidak dibenarkan dalam solat kerana ia menyerupai salib .

Nombor 32 , kita tidak dibenarkan melabuhkan pakaian sehinga ke tanah sebab tu perbuatan orang yang sombong . Lagi pun , kaum yahudi selalu pakai pakaian yang macam tu . So , tak boleh laa labuh labuhkan sangat .

Nombor 33 pulak , cara ita bersolat tu . Jangan bersujud macam burung gagak atau ayam sedang mematuk ke tanah . Selain tu , jangan duduk iftirasy macam cara singa duduk . Dan akhir sekali , jangan berdiam di suatu tempat seperti diamnya unta .

Dah jelas ? Baguslah . Harap harap , dengan panduan ni , korang akan lebih khusyuk dalam solat . Amin :)

6 comments:

Azizan Zolkipli said...

yang no. 20 tu, kadang2 betul juga ...

Asyraf Azizan said...

nice info

Abu Luqman said...

singgah ye

anNaqia said...

thank you for sharing. :)

Koding said...

Moga solat kita diterima Allah..

nifi2408 said...

Azizan Zolkifli : Lelakilah yang selalu buat ni. :)

Asyraf Azizan : Thanks! :D

Abu Luqman : Silakan. :)

anNaqia : Most welcome :)

Koding : Mudah-mudahan. Amin. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...