Friday, March 9, 2012

HAK MILIK SETIAP INSAN

Haiii ! Assalamualaikum ! Yuhuuu ! Nifi dah kembali ! Are you ready dude ? I can't hear you ! Are you ready ? Alaa . Macam tak bertenaga nak jawab jerr . Haa . Dah kena sangatlah dengan apa yang Nifi nak cakap kali ni .

Kali nih Nifi nak membebel + mengomel + bercakap + berpotpet pasal kesihatan diri . Berapa ramai antara korang yang ambil berat pasal kesihatan tubuh badan jangka panjang ? Angkat tangan sikit ! Takde letteww .

Ehh , mana boleh buat tak kisah jerr . Badan korang tu , nak pakai lama tau . Bukan takat esok lusa jerr . Jadi , korang kena laa jaga elok elok , macam korang jaga buah hati pengarang jantung , intan payung , blablabla korang tu .

Kat berita selalu tunjuk pasal orang yang mati sebab tak makan . Korang sedar tak , kat Malaysia ni , orang kita mati pasal terlebih makan ? Tapi , jarang laa highlight kat sokhabar , 'makan penyebab kematian' gituwww . Kannn ?

Ini salah seorang manusia yang suka makan banyak2. *Adik guwe* Hahaha :P

Darah tinggi , kencing manis , diabetes , sakit jantung , stroke , obesiti , blablabla . Selebihnya korang boleh tambah sendiri yerr . Tu semua penyakit yang melibatkan pemakanan yang tak betul , tanpa limit .

Perut tu , kalau laa ada mulut , boleh berkata kata , mesti dia dah sumpah seranah tuan punya badan kan . Lepas tu sistem badan mula laa mogok . Ehhh . Mesti korang kata , merepek apa kan . Tapi memang betul , tu yang sakit sana sini tu .

Pada Nifi laa kan , kalau korang obses makan takpe . Asalkan dalam masa yang sama , korang obses bersenam jugak . Baru laa matching . Dengan cara bersenam je boleh sihatkan badan korang balik .

Tapi , sangat mendukacitakan okay bila ada yang kata , 'makan' dapat mengembalikan bentuk badan yang dah macam anak gajah ke berlekuk lekak macam kerengga semula . 'Makan' di sini bermaksud mengambil pil pelangsingan badan .

Kononnya sangat berkesan laa . Ehh , betul . SANGAT berkesan . Tapi sampai ke liang lahad jerr . Tak payah laa nak percaya sangat pil pil tu . Bersenam dah cukup . Tapi kena rajin . Jangan melantak nasi 3 , 4 pinggan sehari . Lepas tu bersenam sekali sebulan . Memang tak jadi hape laa kan .

Kesimpulannya , makan banyak banyak ni merupakan pembunuh dalam diam . Jadi , jaga pemakanan korang . Lepas tu bersenam rajin rajin okay . Peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya ni . Heheh . Kbai :D

2 comments:

Ayumi Comot said...

hihi..setuju bangat sih...mkn biar berpada2..tapi ayu ni hah, mmg susah gak nk kontrol makan2..main bedal je..baru sudah makn burger di mlam2 buta ni,huhu

nifi2408 said...

Amboiii. Makan burger tak ajak. Hehehe. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...