Saturday, March 24, 2012

CARA KEJUTKAN ORANG DARI TIDUR

Di suatu pagi yang hening, ketika Nifi sedang tidur dengan nyenyaknya, ada satu suara tiba tiba menjerit sehingga mengalahkan bunyi halilintar. . . . . Err. Okay. Itu metafora sangat. -,- Macam ni ceritanya, Nifi tengah tidur, lepas tu ada orang kejutkan Nifi dengan cara yang kasar, iaitu dengan cara menjerit. Memang tak suka okay dengan orang macam ni.



Boleh kot kejut elok2, goyang goyangkan badan ke. Nifi pernah dengar orang cakap, masa kita tidur, roh kita melayang layang, takde dalam jasad kita tu. Acane kalau roh tu tak masuk jasad balik? Haa. Kan dah inalillah kat situ. Mama jugak yang menangis sedu sedu nanti. Upzz. Dah kantoi siapa yang kejutkan Nifi dengan cara tu. Hahah.

Bukanlah niat nak membantah, tapi agak agaklah kan. Nifi ni jenis senang terjaga. Orang lalu kat sebelah pun dah boleh terjaga, apatah lagi bila nama dipanggil. Ehh. Dah jadi sesi luah perasaan pulak. Jom kita teruskan dengan cara kejutkan orang yang sedang tidur. :D

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan. Orang kata, roh kita tu, pintu masuk dan keluarnya kat ibu jari, jadi kenalah picit kat situ supaya roh kita tu sedar.

2. Sentuh bahu org yang tengah tidur tu. Lepas tu goyang goyangkan badan dia. Sambil tu, panggil nama dia perlahan lahan. Jangan nak menjerit kat telinga dia pulak. Kot dia ada penyakit jantung, korang pulak yang kena dakwa nanti.

3. Renjis air kat muka dia. Haa. Cara ni untuk manusia yang liat ya amat nak bangun pagi mengalahkan keropok lekor lemau. Jangan tuang sebaldi air macam korang tengok dalam drama drama tak senonoh di stesen televisyen tempatan tuh. Kang lemas, korang kena dakwa lagi sekali pulak. :P

4. Kalau dah kronik sangat, tampar tampar sikit muka dia. Lembut lembut je tau. Jangan sampai tahap "Pangggggg". Tak pepasal je, muka yang kiut miut tu jadi huduh dan berbekas sebab tamparan wanita korang tu. (bagi lelaki, tamparan jejaka. harap maklum.)

5. Akhir sekali, kalau memang dah tak boleh nak kejut langsung, tutup je kipas atau aircond yang ada kat bilik dia tu. Kang dah panas, tahulah dia bangun sendiri. Hahah. Bernas kan?

Selamat mencuba. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...