Thursday, February 2, 2012

MAT REMPIT LAGI TERER DARI MICHAEL SCHUMACHER

Siapa tak kenal Michael Schumacher ? Dari budak budak , remaja , dewasa , hinggalah ke orang tua , semuanya kenal Michael Schumacher .



*Nifi ! Baby tu tak kenal Michael Schumacher pun ?*


Err . Yang baby tu tak kenal lerr . tak payah lerr tanya soalan bodoh pulak kan -,- Dah dah . Sambung cerita . Walaupun Michael Schumacher ni popular , pernah jadi  juara banyak kali , dia tetap tak kalah kalau dibandingkan dengan mat rempit . Kat bawah ni mat rempit jugak okay. Jangan persoalkan kenapa mereka berwajah sedemikian. Hehe. :D



Nak tahu kenapa ? Scroll ke bawah yerr :D

1 . Michael Schumacher tukar tayar kat pitstop jerr . Mat rempit boleh tukar tayar kat mana mana pun .

2 . Michael Schumacher glemer sebab selalu masuk TV . Mat rempit pun glemer jugak , tapi lagi advance . Dah laa masuk rancangan 999 dengan 360 , lepas tu masuk surat khabar . Front page lagi tu .

3 . Michael Schumacher memandu jentera beroda empat . Mat rempit menunggang jentera beroda dua yang kerap kali ditunggang dengan satu roda sahaja . (Wheelie letteww)

4 . Michael Schumacher mengambil selekoh pada kelajuan tinggi , tetapi mat rempit mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi sambil main SMS lagi tuh .

5 . Michael Schumacher berlumba waktu siang jerr . Mat rempit berlumba waktu pagi , petang , siang , malam . Ahh . Doploh pat jam laa kiranya .

6 . Michael Schumacher berlumba dengan pelumba F1 yang lain jerr . Tapi mat rempit lagi terer tau . Bukannya berlumba dengan mat rempit yang lain jerr . Berlumba dengan polis pun ada tau . Bangga tak ? Haha .

7 . Michael Schumacher memandu jentera beroda empat dia tu sensorang jerr . Manakala mat rempit berbahagia menunggang jentera beroda dua tu ditemani minah rempit sambil melakukan aksi yang dramatik . Ekekeke .

8 . Michael Schumacher perlu memakai pakaian yang tebal dilengkapi ciri ciri keselamatan semasa berlumba manakala mat rempit dengan selamba memakai tshirt dan jeans semasa berlumba . Otai tuh !

9 . Michael Schumacher hanya membuat satu gaya iaitu duduk dalam jentera semasa perlumbaan tetapi mat rempit boleh baring , berdiri , duduk , blablabla atas motor semasa perlumbaan .

10 . Michael Schumacher mempunyai potensi untuk dipecat dan kehilangan pekerjaan sekiranya kalah berturut turut tetapi mat rempit hanya akan dibahan oleh kengkawan mat rempit yang lain tanpa effect pekerjaan tetapnya .

See . Betapa terernya mat rempit . Cuma kalau accident , Michael Schumacher mungkinlah masih hidup , tapi kalau mat rempit accident , berkemungkinan besar ke liang lahad terus . Ekekeke . Kbai. :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...