Friday, January 27, 2012

LAIN DI MULUT, LAIN DI HATI

Nifi selalu dengar orang cakap , "Cakap tak serupa bikinlah kamu ni Leman ." , "Kau ni cakap lebat jerr laa Bob ." , blablabla . Korang pernah dengar macam ni tak ? Kalau tak pun , ayat yang digunakan mesti lebih brutal kan ?

Kat bawah ni pun lebih kurang cenggitu laa jugak . Tapi untuk versi cintan cintun . Apa yang diluahkan tak sama dengan apa yang terpendam dalam hati tu . Nak buat macam mana , cinta dah takde dalam hati . Wuwuwu .


YANG TERLUAH : I rasa , I dah jatuh cinta kat U laa .
YANG TERPENDAM : I tak pasti sebenarnya . Macam mana dengan Leha , Tipah , Ani , Yati ?

YANG TERLUAH : Abang outstation , nak pergi bekerja , bukan nak makan angin .
YANG TERPENDAM : Memang taklah aku nak bawak . Kalau bawak sekali , bankrap laa aku .

YANG TERLUAH : U sepatutnya dapat lelaki yang lebih baik , bukan macam I .
YANG TERPENDAM : Alahaiii . Nangislah pulak . Aku nak mintak putuslah bodoh !

YANG TERLUAH : Kalau pasal U , ke Antartik , Antartika pun I sanggup pergi .
YANG TERPENDAM : Bodohlah sape yang tak nak kahwin dengan janda kaya macam ni , cun pulak tu .

YANG TERLUAH : I tak boleh jumpa U selalu . I kena kerja . Untuk masa depan kita jugak .
YANG TERPENDAM : Huhh . Kalau tak cakap macam ni , takde peluang laa aku nak jumpa Sara , Hana , Fara semua tu .

YANG TERLUAH : Aku mencintaimu Siti Anisa .
YANG TERPENDAM : Juga menyintai Siti Sarah , Siti Salmah , Siti Aziah , Siti Tanjung Perak . Ehh !

Yang ni versi lelaki buaya darat . Lepas ni , Nifi buat versi perempuan pulak okay . Mesti lagi gempak . Yelah . Perempuan kan suka memendam rasa . Hehe . Btw , yang lelaki , jangan marah . Hehe . :D

7 comments:

Picoz Shupalula. said...

cakap tak serupa bikin. ek?

che sakinah said...

ermm.. macam lebih kepada madah berhelah je ni... cakap tapi tak bermaksud, malah untuk mencari helah atu menjaga hati.

cakap tak serupa bikin bukan ke macam 'pandai je cakap tapi tak buat pon...?'

compius pulak tetibe.. hehehe

Hafiz Al-Pazin said...

Sokong, sy pun cakap mcm tuh. mane tau neh...haha

Teenager Housemaid said...

betul3x..
lelaki sume sama je..-_-'

mR.aSLaN said...

:-)

haikal blank said...

pergh! ni ayat gua ni! kahkah

normal la tu. terpulang pada tahap kejujuran masing2. perempuan pun kadang lagi hebat menipu. HAHA

kalau lelaki orang panggil buaya darat, tapi kalau wanita apa ya? biawak? lol

nifi2408 said...

Picoz Shupalula : Yup. Cakap2 je. :)

che sakinah : Madah berhelah pun boleh. :D

Hafiz Al-Pazin : chewahh. chewahh. mengaku tuh. :P

Teenager Housemaid : Isk. Taklah. Ada jugak yang baik :)

mR.aSLaN : :)

haikal blank : Kalau perempuan, ular sawa lidah bercabang. Heheh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...