Sunday, January 22, 2012

DAH ADA HATER(S) KE?

Memang dah jadi rutin Nifi bila bukak blog, akan check shoutbox dulu. Baca semua pesanan yang ditinggalkan. Lepas tu bergerak ke bahagian komen pulak. Tapi hari ni, tak sempat nak bergerak ke bahagian komen, mata dah tertancap kat satu pesanan yang ditinggalkan oleh manusia bernama "tutt" tanpa sebarang link yang boleh dijejaki semula.


Terkelu lidah kejap bila baca note yang ditinggalkan oleh manusia tersebut kat shoutbox Nifi. Bukan takat terkelu lidah je, Berbelit belit lidah ni nak fahamkan apa yang ditulis. Biasalah, orang yang kehilangan beberapa button di keyboard pc / lappynya memang akan bertindak sebegitu. Cuba korang baca apa yang diperkatakan tu. Nifi pun keliru jugak sikit sikit.



Ayatnya berbunyi seperti ini :

"skit mta ot duk blog ni...geap cm pe je..kulit babi pun cerah lg..bgang"

Dah baca? Cuba tafsirkan. Apa yang dimaksudkan tu ehh? Adakah manusia tersebut maksudkan :

"Sakit mata kot tengok blog ni. Gelap macam apa je. *merujuk kepada header mungkin* Kulit babi pun lagi cerah. Bangang."

Macam tu ke? Kalau laa betul, bermakna, memang dah ada hater laa kan. Sebelum ni, Nifi belum pernah berhadapan dengan perkara macam ni lagi. Kat blog je laa. Kat luar tu dah biasa dah. Siap tarik tarik rambut - tolak dalam swimming pool lagi tuh. Ehh? Haha.


Bila pertama kali kena macam ni, rasa sayu pulak. Hati tu terasa disentap. Apa laa salah yang kita buat kat dia kan. Nifi tak kisah kalau manusia tu nak tegur kelemahan yang ada kat blog ni. Tapi gunakan bahasa yang elok laa. Ni nak banding banding kan dengan haiwan. Babi pulak tu. Beragak laa kan. 


Hurmmm. Entah siapa punya kerja laa ni. Kalau laa Nifi pandai dalam IT ni, memang dah dicari dah, lepas tu nak cili mulut dia dengan cabai. Haha. Takdelah. Nifi nak tanya kenapa dia buat macam tu je. Dahlah tak tinggalkan link. Nampak sangat pengecut kan. Kalau berani, datang serang laa woii! *tetiba*


Dah sesuai dengan entry Nifi yang sebelum ni, Contoh Orang Yang Busuk Hati. Ekekeke. :D Kepada manusia tersebut, thank you banyak banyak sebab dah menambah bilangan pengunjung blog Nifi yang tak seberapa ni. You tak dapat apa apa pun. Setakat menyalak kat shoutbox tu boleh lerr. Aii ni, dah laa dapat tambah jumlah pengunjung, lepas tu dapat improve blog ni lagi dengan caci maki you tu. Ekekeke. Kbai.

13 comments:

* Aiman Qistina Balqis * said...

ehhh ! huh , ingat balqis tadi . atas tu nama balqis ! wahh popular ! hahaha . btw . orang tu takde keje la tu -.-

Kamsiah said...

salam
ignore je...delete msg tu..lg dibaca,lg sentap....tu manusia yg takut nak bersemuka...berani hentam org tp penakut hakikatnya...

ascil.punye.lah said...

orang2 camni kelakar lah.pengecut!ingat comel lah tu jadi pngecut?

~Filzati Zulkepli~ said...

knapa dgn dia? ni kan blog awak so suka hati la awak nk buat apa kan? hish. manusia2

FAIZ FAKHIRIN said...

dia jeles kot...dia nk buat blog cmni xdpt...so dia provoke nk tarik trafik...hahaha

nifi2408 said...

* Aiman Qistina Balqis * : Haha. Cuak laa tuh :P

Kamsiah : W'salam :) Kalaulah boleh didelete, Nifi dah buat dah. Terima kasih untuk nasihat tu ye :)

ascil.punye.lah : Kann. Main sorok2. Comel sangat lettewww.

~Filzati Zulkepli~ : Entah laa. Tak tahu apa motif dia. Sebabnya, blogger lain pun kena jugak.

FAIZ FAKHIRIN : Kann. Agaknya, betul kot. Blogger lain pun kena dan buat entry pasal dia. Dia bangga laa tuh diri dia jadi bahan dalam entry. Hehe.

mR.aSLaN said...

sabar jelah...

zareliqa afiqa said...

Huh! orang tu dengki dan takde keje lar tu.Pastu penakut..huhu=.=

~~oOpEt~~ said...

ignore je :)

Hafiz Al-Pazin said...

sentap baca ek. be strong nifi. nak buat mcm mana kan. sabar je la. jgn sedih, btw happy holidays :)

nifi2408 said...

mR.aSLaN : Bersabar lerr ni. Hehe :P

zareliqa afiqa : Penakut tu betul. Sebab dia tak nak tinggalkan link.

~~oOpEt~~ : Tak boleh. Tetap terfikir jugak. Hehe :D

Hafiz Al-Pazin : TQ Hafiz. Happy holiday jugak :)

Azizan Zolkipli said...

Ada 2 objektif tu agaknya. Satu tu memang nak luah isi hatinya, satu lagi orang panggil teknik 'provokasi', cuma dua buat dengan cara yang tidak beretika.

Sabor ajelah Nifi ooiii ...

nifi2408 said...

Nak luah isi hati ? Woww. Terharuuuu~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...