Saturday, January 14, 2012

CARA MENGELAKKAN MABUK LAUT

Haiii . Jumpa lagi . Baru baru ni , ehemm ehemm pergi memancing dengan kawannya . Orang kata , orang yang suka memancing ni penyabar orangnya . Betul ke ? Haha . Abaikan :P

Bila balik tu , lumayan jugak hasilnya . Yelah . Pergi memancing pun pukul 12 tengah malam . Memang ikan galak laa time macam tu kan . Ehemm ehemm pergi naik bot yang disewa , siap dengan pemandu sekali . Sanggup kan .


Pakcik bawak bot tu bagi petua untuk mengelakkan mabuk laut . Yelah , first timer kan . Selalunya , memancing kat kolam , sungai . Tempat biasa biasa je kan . So , Nifi pun korek korek laa petuanya . Boleh jugak dijadikan entry kan . Hehe .


Petua yang pertama , ambil limau nipis yang dah dipotong / dikupas dan hidu baunya bila mula terasa pening .

Petua yang kedua , limau nipis atau buah limau dikunyah sepanjang berada di laut . Kalau takde , asam pun boleh kot . Hehe . :P

Petua yang ketiga , makan pisang mentah . Pastikan pisang tu rasanya kelat . Bijinya dibuang terlbih dahulu sebelum dimakan .

Petua yang keempat , minum air laut . Nak minum banyak ke , sikit ke , terpulanglah . Nak minum sampai bunyi "Erkkkk . Alhamdulillah ." pun takpe .

Petua yang kelima , jangan makan makanan berat , terutamanya yang berlemak . Minuman yang bersusu pun tak boleh . Nanti pening kepala , lepas tu uwekkkk2 .

Tu je yang berjaya dikorek . Nifi rasa , banyak lagi petua yang diamalkan . Macam main bola sepak jugak . Makan rumput laa , gegar jaring gawang lawan laa . Kalau korang ada petua yang lain , share kat komen ye :')

*Pssttt! Cerita kat atas tu tipu je. Mana ada memancing sampai ke laut. Setakat kat lombong je. Kahkahkah :P Mana Nifi korek? Ada laaa. :P Kbai. :D

10 comments:

Aishah Jahirah said...

camtu ye nak elak mabuk laut....;)

nik suzana mat tahir said...

org cakap kalau tak nak mabuk darat pun boleh jugak makan asam. hik2

nifi2408 said...

AISHAH : yerr. cenggitu laa. btw, rabbit tu cute! :D

NSMT : A'ah. Sama laa ngan limau nipis. Kan masam tu. :)

zareliqa afiqa said...

Bagus tips nie.Bole buat kalau g naik feri.huhu

nifi2408 said...

ZARELIQA : A'ah. Betul tu. Kalau atas feri pun, boleh applykan :D

Koding said...

Cara nak elak mabuk laut adalah jangan turun ke laut...

~Filzati Zulkepli~ said...

asam2 tu la paling best time mabuk, x kisahla mabuk laut ke darat ke. err tapi minum air laut tu la yg pelik tu. @.@

nifi2408 said...

KODING : Bernas ! Haha :D

FILZATI : Terliur pulak bila sebut pasal asam . :D

Elih Japahar said...

Thanks info ni :) thanks follow..

nifi2408 said...

Haha. Welcome dan welcome :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...