Tuesday, January 10, 2012

BUNGA YANG BOLEH DIJADIKAN PENAWAR PENYAKIT

Beberapa hari lepas , Nifi ada pergi pameran orkid dengan keluarga . Macam macam jenis orkid ada tau . Yang mahal ada , yang murah pun ada . Yang besar ada , yang kecil pun ada .

Bukan orkid je yang dijual , pokok pokok lain pun ada dijual tau . Contohnya , pokok kesidang atau nama lainnya pokok kerak nasi . Selain tu , pokok kemuning ataupun nama glemernya pokok sedap malam . Ehemm ehemm :P


Bila tengok gambar2 bunga dan pokok ni , teringat pulak , zaman dulu dulu , takde ubat cair , pil , kapsul bagai . Orang dulu dulu bergantung kepada sumber alam je kalau nak cari penawar sakit .


Terus Nifi google pokok pokok yang berpotensi dijadikan ubat . Ada laa jumpa sikit sikit . Ada bunga mawar , bunga kekwa , bunga matahari , bunga tahi ayam pun ada tau ! Jom bongkar satu persatu .

P/S : Nifi buat dalam point je lah . Tak laa panjang berjela jela entry ni nanti . Korang pun takde laa bosan sangat kan . :')



MAWAR
- boleh dijadikan minuman .
- estrak mawar dijadikan pewangi untuk menenangkan hati .
- air mawar digunakan untuk merawat penyakit usus , pundi hempedu dan penyakit hati .
- digunakan dalam memandikan jenazah .



KEKWA
- juga boleh dijadikan minuman .
- dapat menghilangkan rasa sakit ketika datang bulan , tonsil dan sakit tekak .
- dapat mengurangkan kemerahan dan bengkak pada badan .
- jusnya diminum untuk meredakan demam .



MATAHARI
- estraknya boleh meredakan sakit tekak .
- warnanya yang cerah dapat menceriakan keadaan .
- dapat menaikkan mood seseorang .



BUNGA TAHI AYAM
- kelopaknya digunakan untuk menghilangkan luka .
- goresan yang berwarna putih pada badan juga dapat dihilangkan kerana ia bersifat antiseptik .



DANDELION
- digunakan untuk mengubati penyakit anaemia .
- boleh digunakan untuk meneutralkan darah .
- penyakit kuning juga boleh disembuhkan dengan menggunakan dandelion ini .

Setakat ni , Nifi dapat 5 je . Kalau korang tahu yang bunga bunga lain yang boleh dijadikan ubat , bolehlah letak di ruangan komen . :)

6 comments:

Aishah Jahirah said...

sekeliling kita ada ubat sebenarnya....kita xtaw...

mR.aSLaN said...

ada satu lagi 'bunga' gak...
tu ubat utk hati saya ..
tapi ubat utk saya sorang jela.

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

nifi2408 said...

AISHAH : yup . betul3. ubat yang tuhan cipta lagi baik dari ubat ciptaan manusia kan :D

ASLAN : ehemmm . bunga apa namanya tu ?

EMMET : thanks ! :D

Carpet Cleaning Melbourne said...

Very interesting pics..

nifi2408 said...

Thanks btw. Googled them :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...