Monday, January 2, 2012

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN

Musim musim cuti ni , ramai laa yang beransur ansur nak balik  kampung . Rindu yang tak terperi kat mak bapak , sedara mara , rakan sepermainan masa kecik kecik dulu . Kannn ?

Memandangkan musim cuti , ramai laa yang balik kampung . Bila ramai yang balik kampung , kenderaaan sangatlah banyak kat atas jalan raya nun . Bila dah banyak kenderaan atas jalan raya , banyak jugaklah kemalangan yang berlaku.


Bila kemalangan dah berlaku . . .

Duhh ! Berapa banyak BILA daa . Cukup cukuplah intro . Berbalik kepada tujuan asal , iaitu nak bagi tips kat korang , apa yang korang kena buat bila berlakunya kemalangan .

Pertama ! Korang kena bertenang . Jangan cemas , jangan panik . Tarik nafas ! 1 , 2 , 3 . Hembus ! Tarik nafas lagi ! 1 , 2 , 3 . Hembus lagi ! Ehh . Macam nak poco poco pulak . Heeee :D

Kedua ! Ambil telefon bimbit , telefon pihak polis . Kalau takde nombor telefon polis , call laa 999 tu . Telefon cepat cepat tau . Jangan sampai kucing dah meleleh leleh air liur baru nak telefon .

Ketiga ! Kalau ada yang cedera , telefon 999 jugak untuk meminta bantuan kecemasan . Kalau takde yang cedera teruk , alihkan kenderaan dari lalu lintas . Jangan nak bertekak kat tengah jalan pulak . Tak pasal pasal , dua dua arwah kat situ jugak .

Keempat , Ambil kertas , ambil pen . Catat nama , alamat , nombor telefon , nombor plat kenderaan , jenis kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tu . Jangan duduk merenung kemek kat kenderaan tu sambil tepuk tepuk dahi memikirkan duit yang bakal terbang untuk repair kemek tu haa .

Kelima , Dengan menggunakan telefon bimbit atau kamera , ambil gambar kejadian . Kalau takde dua2 , ambil pen dan kertas lagi sekali , buat lakaran kasar pasal kemalangan tu pulak .

Keenam , jalan dengan sopan santun dan lemah gemalai ke arah orang yang berlanggar dengan kita (jika masih hidup) , dan tanya plus bertukar maklumat mengenai nama dan maklumat mengenai pengendali insurans atau takaful masing masing .

Ketujuh , jangan buat scene KL Gangster kat tempat kejadian dengan memaki hamun serta memecahkan kenderaan masing masing . Sebaliknya , duduk diam diam sambil menunggu pihak polis sampai .

Dan terakhir , kalau kenderaan tu perlu ditunda , pastikan tunda ke bengkel yang betul . Telefon pihak insurans dan tanyakan bengkel mana yang korang patut pergi .

P/ S : Pandu kenderaan dengan berhati hati okay . Ingatlah orang yang tersayang . Chewahhh ! :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...