Saturday, December 3, 2011

PAKAIAN INTERVIEW UNTUK PEREMPUAN

kalau sebelum ni ada entry pakaian interview untuk lelaki , kali ni ni ada entry pakaian interview untuk perempuan pulak . perempuan kan complicated . so , banyak perkara yang perlu dititikberatkan . sambung baca okay .

jangan pakai cenggini okay .


a) Berpakaian kemas dan rapi
- baju kurung amat sesuai bagi menghadiri temu duga . begitu juga dengan sut berserta skirt panjang atau pendek . bagi skirt pendek , pastikan tidak lebih dari had lutut . kang penemu duga ingat you alls nak pegi club pulak khenn .

b) Tudung
- kalau bertudung , hendaklah nampak berkeyakinan dan selesa . pakai tudung yang tidak menutup sebahagian wajah you alls . kalau boleh pakai seringkas mungkin . tak perlu laa berlilit lilit bagai . rimas pulak nanti .

c) Rambut
- bagi yang tak bertudung , lebih baik memakai sut . rambut pula diikat ekor kuda atau bersanggul . gunakan getah rambut berwarna hitam atau biru gelap . alahhh . asalkan berwarna gelap laa . jangan buat rambut macam nak pegi jenjalan kat shopping complex pulak . serabai je nyahh !

d) Kasut
- pakai kasut tumit tinggi berwarna hitam dan berkilat . kasut yang dipilih perlulah bertutup penuh . bukan kasut tumit tinggi hat pergi dinner tu tau . kang tergolek jatuh depan penemu duga , malu wehh !

e) Solekan
- you alls perlu gunakan solekan yang profesional dan meyakinkan sesiapa yang memandang . tak perlu laa tebal sangat . yang menampakkan muka korang natural pun okay . tak perlu laa nak style smoke smoke bagai . macam hantu je aii tengok yuuu .

f) Aksesori
- kalau pakai blazer tu , pakai laa nametag sekali . nampak berkeyakinan sikit . seperti lelaki jugak , tak perlu laa pakai rantai tangan , rantai kaki yang boleh mengganggu orang tu . cincin pun sama . tak perlu . tapi kalau cincin perkahwinan , tak kan nak tanggal pulak . ye tak .

p/s : untuk perempuan , ni je yang dapat nifi kongsikan . hope you alls berjaya dalam interview okay . good luck !

4 comments:

shedameor said...

whoaa.tips yang bagus lahh :)

nifi2408 said...

Hehe . Tengkiuu :D

Anonymous said...

hitam & berkilat?haha..mana ang blajar term tu..pkai shawl xsesuai sebab belit2?gosh..msti sbb ang xreti pkai kn..aku dpt keje je..mase interview pkai belit2 gk..it depends how you handle ur shawl to make ur self selesa..feel it than you judge..

Anonymous said...

To anonymous, author tak cakap pun "pakai shawl". Tolong baca balik k. Kesiannya kau. Sibuk nak bash orang, tapi kesalahan sendiri tak nampak. Peace. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...