Saturday, December 3, 2011

PAKAIAN INTERVIEW UNTUK LELAKI

bagi yang dah habis study dan sedang berura ura untuk pergi ke temu duga kerja tu , boleh laa ikut tips seperti di bawa . tapi lelaki je tau . perempuan tak boleh . kang tak pasal pasal kena halau pulak .

a) Berpakaian segak dan menarik
- pakai kemeja , seluar slack , necktie . jangan pakai seluar jeans koyak rabak dengan t-shirt hitam gambar tengkorak pulak . bukan je kena halau , tak pasal pasal pihak berkuasa tangkap you alls sebab dah macam PATI dah . hehe :D

b) Berambut kemas
- kalau yang berambut panjang tu , sikat elok elok . lepas tu ikat dengan getah . tapi , kalau mintak kerja kat pejabat , seboleh bolehnya biarlah pendek rambut tu .

c) Cukur misai
- bukan misai je , bahagian wajah yang lain pun perlu dirapikan . pastikan betul betul tiada bulu yang tumbuh di sekitar wajah . baru laa orang yakin nak ambik kita bekerja . haa . janggut pun tak terkecuali . kalau tak nak buang semua , rapikan laa .

d) Kasut hitam
- gunakan kasut yang telah dipolish dan bertali . bukan yang strap tu yerr . kalau boleh , biar kasut tu bersinar sinar sampai kita boleh nampak muka kita sendiri . google je . banyak petua nak bagi kasut nampak bersinar sinar .

e) Aksesori
- jangan pakai rantai tangan dan cincin yang tidak perlu . sebaik baiknya pakailah jam tangan yang menampakkan kita seperti seorang yang bekerjaya . bukan jam tangan sport style . ini akan meyakinkan penemuduga bahawa kita ni seorang yang mementingkan masa .

p/s : buat masa ni , tu je . contohi aaron aziz kat atas tu okay . good luck !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...