Saturday, December 24, 2011

CARA MENJIMATKAN WANG

Zaman sekarang ni , kebanyakan barang dijual dengan harga yang sangat sangat sangat mahal . Donat pun boleh dijual sampai RM2 satu . Padahal , kalau kat gerai gerai , RM1 dapat 3 biji . Kan ? So , dalam entry kali ni , nifi nak ajar korang cara untuk menjimatkan wang .



1: Beli di bawah kemampuan sebenar .
- Sebagai contoh : beli rumah berharga RM200 000.00 walaupun mampu terlebih mampu nak bayar rumah yang berharga lebih RM300 000.00 .

2 : Simpan apa-apa pendapatan lebih .
- Buat kerja sampingan pun boleh . Selain itu , rebat cukai atau lebihan cukai yang dipulangkan semula (tax refunds) juga boleh disimpan dan digunakan apabila perlu .

3: Jangan beli selagi tak mampu dibayar tunai .
- Cara ni memang agak susah . Tapi , selagi boleh , cuba laa . Sebagai contoh , beli secara tunai . Jika belum mampu , buat tabungan khas untuk sebarang pembelian , termasuk laa pembelian kenderaan dan rumah .

4 : Menetapkan matlamat yang boleh dicapai .
- Buat senarai matlamat kewangan tetapi mendahulukan matlamat  yang paling penting . Lepas tu , baru laa beralih kepada matlamat lain secara berperingkat .

5 : Menabung secara automatik .
- Korang sedar tak betapa pentingnya menabung dan tahu betapa payahnya nak menabung . Jadi , korang cuba untuk memudahkannya semudah yang boleh . Contohnya , potongan daripada gaji yang terus disalurkan ke akaun lain .

6 : Sumber pendapatan yang pelbagai .
- Ada yang mempunyai dua gaji (suami isteri) . Jadi , boleh laa pecahkan gaji yang diterima kepada dua bahagian . Satu untuk perbelanjaan seharian dan satu lagi untuk disimpan .

7 : Berjimat dalam perbelanjaan seharian .
- Kena selalu buat tinjauan kat beberapa tempat dan bandingkan harga barang barang . Korang kena selalu beli brang pada harga yang lebih rendah . Kupon diskaun pun boleh digunakan . Cara lain , berbelanja pada waktu jualan murah atau waktu malam kerana kebanyakan tempat akan merendahkan harga barang barang supaya stok dapat dihabiskan pada hari tersebut .

p/s : Selamat mencuba dan berjaya ! Dah ada duit lebih tu , belanja laa nifi . Tak mintak banyak , handphone beri beri satu pun boleh . HAHA :D

4 comments:

thomas said...

Zaman sekarang duit mcm air,poket bocor je setiap masa.

lina@happy family said...

Ide yang sangat bermanfaat!
Terima kasih kunjungannya. Your guess is right : rabbit :)

nifi2408 said...

THOMAS : kann . setakat dua tiga ratus tu , sekejap je boleh habis .

nifi2408 said...

LINA : betul rabbit ? hehe . comel laa rabbit tu ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...