Monday, December 26, 2011

CARA MENGELAKKAN JERAWAT

Zaman remaja merupakan antara zaman yang menyeronokkan dalam hidup kita . Kita sudah mula kenal alam sekitar , belajar membuat keputusan , mencari identiti diri , macam macamlah .

Namun , dalam pada kita mula naik ni , encik encik dan puan puan jerawat pun mula laa naik . Bak cendawan tumbuh selepas hujan . Jadi , dalam entry kali ni , nifi nak kongsi cara untuk mengelakkan jerawat . Jom !




1 . Jangan picit jerawat .
- Bila tangan dah mula menggatal , mula laa merayap mencari jerawat . Jangan tipu . Ramai yang suka buat macam tu . Jangan picit jerawat tu . Nanti tinggal kesan hitam pulak . Lagi pun , makin bertambah laa jerawat tu nanti . Penternak jerawat yang berjaya mungkin akan menjadi profesion korang . Hehe .

2 .  Perlu kurangkan pengambilan makanan berlemak .
- Jerawat ni sebenarnya disebabkan oleh penghasilan minyak berlebihan kat kulit . Oleh sebab itu , korang kena laa mengurangkan pengambilan lemak , terutamanya dalam makanan . Makanan mengandungi lemak tepu dan tek tepu harus harus harus dijauhi .

3 . Minum air masak / air mineral secukupnya .
-  Yang ni nampak macam mengarut je kan ? Macam takde kena mengena . Sebenarnya , badan kita ni terdiri daripada 70% air . Sebab tu laa , kita kena minum air dalam kuantiti yang banyak . Selain melembapkan kulit , jerawat pun daat dikurangkan .

4 . Jaga kebersihan diri .
- Dalam sehari , kita perlu mencuci muka sekurang sekurangnya tiga kali . Mandi lagi bagus . Tapi , kalau basuh muka , pastikan korang menggunakan pencuci muka yang berkesan . Jangan terlalu kasar , sebaliknya buat gerakan mengurut dalam satu arah je .

5 . Makan sayur sayuran dan buah buahan .
- Sayur sayuran dan buah buahan mengandungi banyak vitamin yang baik untuk badan kita . Kalau mengikut piramid makanan pun , kita disarankan mengambil sayur sayuran dan buah buahan dalam kuantiti yang banyak .

6 . Elakkan menyentuh muka .
- Bukan tak bagi korang sentuh sentuh muka korang yang hensem cun melecun tu . Bagi , tapi seeloknya jangan laa . Sebab tangan kita ni penuh dengan bakteria . Nanti makin banyak pulak jerawat kat muka tu .

Jom kita amalkan . Bagi yang remaja dan masih ada jerawat lagi tu laa . Kalau umur pertengahan , rasanya jerawat dah tak tumbuh kan . Bagi yang memang bersih dari jerawat tu , jagalah muka anda sebaik baiknya :)

5 comments:

digital clock said...

tetiba alihkan tangan dari muka masa baca no 6 tuh.. hahaha

nifi2408 said...

haa . nak kena rotan agaknya tngan tu . hehe .

pakaian murah kebaya said...

info2 bermanfat thanks yahh

Tiara Fazlin said...

arhhhhh i tak makan sayur....acane ni? =.=''

nifi2408 said...

TIARA : Tak makan sayur ? KIta sama laa . Sep sikit ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...