Wednesday, October 5, 2011

PUNCA KEGAGALAN

Haihh . Dah lama tak publish post kat blog ni kan . Yerr laa . YB laa katakan . Sibuk memanjang . Kejap orang kampung ni undang beri ceramah . Esok orang felda tu undang sampaikan hadiah . *tipu* Hahah . So , dalam post kali ni , aku nak bercakap sikit pasal punca kegagalan dalam hidup seseorang tu .

Realitinya , kadang kadang manusia ni suka menyalahkan nasib bila kegagalan menimpa kat dorang . Apa apa nasib malang yang menimpa , semuanya menyalahkan takdir . Lebih teruk , salahkan orang sekeliling . Bagi aku laa , antara punca berlakunya kegagalan dalam hidup seseorang tu ialah :


1 . PEMALAS
Selagi matahari tak terpacak kat kepala tu , selagi tu laa kepala kat bantal . Sayang sungguh nak bercerai ngan bantal berpeta peta tu . Bila perut kosong , mak bapak laa yang jadi tukang isi . Poket rabak , mak bapak jugak laa yang jadi tukang tampung . Kalau berjauhan dari mak bapak , kebulur laa jawabnya .

2 . BERJIWA KECIL
Kalau orang yang berjaya berjiwa besar , orang yang gagal ni berjiwa kecil . Kebanyakannya takut dengan saingan . Takut nak mencuba sesuatu yang baru . Duduk bangunnya sebijik macam katak bawah tempurung . Pemikiran tu tak berkembang untuk cari idea yang lebih baik dan mendatangkan hasil .

3 . HATI DAUN REPUT
Kalau orang lain panggil hati mudah tersentuh , aku panggil hati daun reput . Ekekeke . Ye laa . Bila orang mengata sikit , gegarannya sampai separuh dunia ! Mudah sangat mengikut perasaan . Orang condemn sikit , mula laa siang malam berendam air mata . Lepas tu , mengalah . Macam mana laa nak berjaya . Haihh .

4 . PANJANG ANGAN ANGAN
Orang lain kaya dengan berusaha bersungguh sungguh , yang dia ni pulak 'kayap' dengan angan angan . Barang itu nak , barang ini nak . Tapi cuma dalam angan angan je laa . Berusahanya tak nak . Kadang kadang tu , asyik mengharapkan bantuan orang lain je . Sudahnya , jadi laa macam mat jenin yang mati jatuh dari pokok kelapa tu .

5 . LEMAH PEGANGAN AGAMA
Orang azan zohor , dia ralit melepak kat tepi jalan . Masuk azan asar , dia ralit dok kat kedai kopi . MAsuk azan maghrib , dia ralit nengok bola kat restoran mamak . Macam mana laa nak maju . Nak maju , bukan setakat berusaha je , doa tu pun penting jugak . Manusia . Manusia .

6 . BUSUK HATI
Ni laa antara sebab yang paling popular sekali . Busuk hati . Orang senang , dia iri hati . Orang lebih sikit , dia cemburu . Dengki tak sudah sudah . Jalan akhir , bomoh laa , dukun laa . Dosa pahal tolak ke tepi . Usaha sendiri cuma sejengkal . Hasilnya nak berdepa depa . Haihh .

So , nifi nak ingatkan korang semua *ingatkan diri sendiri jugak* , berusaha laa sungguh . Banyakkan mintak bantuan daripada tuhan . Dan tawakal . InsyaAllah , pasti akan berhasil apa yang kita usahakana tu . Amin :)

5 comments:

uMi_atiQaH said...

betoi2..da kebenaran jgk 2..

yusuflaili said...

Salam;
bersyukur dgn apa yang kita dapat..dan berusaha untuk nak yang lebih..tapi hati jgn tersesat pulak..apa2pun sekadar menambah sedap entry awak je..nice info.

nifi2408 said...

UMI : tengkiuu :)

YL : betul3 . btw , thanks :)

ctk said...

no. 3 tu ct...tp kejap jer lah...pastu bangkit semula n usah pedulikan org laen yang sentiasa nk jatuhkan kita :)

nifi2408 said...

yup ! betul tu ct :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...