Wednesday, October 5, 2011

ADAKAH ANDA RAKAN YANG MEMAHAMI ?

Ok . Nifi ada jumpa kuiz ni dalam satu majalah . Mjalah apa ? Tak perlu laa diberitahu okayy . Cukup laa korang tau , ia sekadar majalah . Huhu . Korang nak buat penilaian diri korang sebagai kawan tak ? Mungkin kuiz ni dapat bantu korang kenal siapa diri korang yang sebenarnya sebagai seorang kawan . Nak try ? Jommm !


SOALAN 1 :
Teman baik korang kehilangan orang tersayang , tetapi dalam masa yang sama , korang terpaksa menghadiri satu temuduga kerja yang sangat penting dan menentukan kehidupan korang pada masa hadapan . Apa tindakan korang ?
a . membatalkan temuduga dan terus bersama teman korang untuk berkongsi kesedihannya
b . menelefon tempat temuduga dan cuba mengubah masa temuduga agar dapat berrsama teman korang
c . terus ke temuduga tersebut kerana berpendapat yang mati tidak boleh hidup semula
SOALAN 2 :
Semasa membeli belah , teman korang berhasrat membeli sepasang kasut yang menjadi idaman korang . Adakah korang akan . . .
a . memuji kecantikan kasut tersebut dan menyuruhnya membeli kasut tersebut
b . mengajaknya meninjau kasut kasut di tempat lain dengan harapan dia tidak jadi membeli kasut idaman korang tu
c . menyambar kasut tersebut dari tangannya dan terus membeli kasut itu untuk diri sendiri
SOALAN 3 :
Kerana ketiadaan baju yang sesuai untuk ke majlis makan malam , rakan korang berhasrat untuk meminjam baju korang . Korang pun . . .
a . meminjamkannya baju paling cantik yang korang ada
b . beri peluang kepada kawan korang tu untk memilih mana mana pakaian yang ada dalam almari korang
c . menyorokkan baju baju korang yang cantik dan meninggalkan baju yang hanya layak dipakai oleh badut
SOALAN 4 :
Korang terkejut ya amat bila satu hari tu , kawan korang mengaku kat korang bahawa sebenarnya dia menyukai abang / kakak korang . Reaksi korang ialah :
a . terus memberitahu perkara tersebut kepada abang / kakak korang dan memujuknya menerima kawan korang tu
b . meminta kawan korang tu membuat pertimbangan yang sewajarnya tapi tidak menolak sekiranya itu adalah kata putusnya
c . mengatakan abang / kakak korang berpenyakit dengan harapan kawan korang tu akan menjauhi abang / kakak korang
SOALAN 5 :
Korang agak lemah dalam pelajaran akaun tetapi kawan korang tu baru je diumumkan sebagai best student dalam subjek tu . Adakah korang akan berasa . . .
a . bangga dan berharap dia terus kekal sebagai best student
b . terharu dan menjadikan dia idola serta menjadikan dia sebagai contoh agar korang dapat mencapai kejayaan sepertinya
c . hairan dengan pencapaiannya dan menuduh dia meniru dalam peperiksaan
KEPUTUSAN
Kalau banyak A ,
- tahniah laa weyy ! korang ni memang sahabat yang sejati laa . Memahami jiwa kawan sungguh laa .
Kalau banyak B ,
- korang boleh give and take dengan kawan korang . Tapi beware jugak laa , so tak nampak over sangat .
Kalau banyak C ,
- korang sebenarnya tak nak berkawan pu ngan dia tu . So , apa lagi ? Tinggalkan je laa .

2 comments:

ctk said...

ct byk b..hehehe..ley tolak ansur ngan member :D

nifi2408 said...

yeayy . kita samaa ! sep sikit ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...