Sunday, October 23, 2011

KELEBIHAN MEMAKAI CERMIN MATA


kalau sebelum ni , ada entry pasal keburukan memakai cermin mata , kali ni aku nak buat entry pasal kebaikan bercermin mata pulak . kalau tak buat , kang ada yang kata tak adil pulak . kan aina ? hehe .

ok . straight to the point . first point bebeh !


1 . jadi visor *tak sure ejaan betul atau tak* semulajadi ketika menunggang motosikal , menghalang mata daripada termasuk habuk dan serangga terbang .

2 . menjadi pelindung mata untuk mengelakkan terkena sinaran UV yang berbahaya .

3 . boleh jugak digunakan untuk mengelakkan pancaran laser dari sesiapa sahaja . *terutamanya player bola sepak*

4 . menampakkan pemakai lebih intelektual dan rajin membaca serta kuat study walaupun sebenarnya tidak .

5 . boleh dijadikan goggle bidan terjun ketika mahu menyelam melihat batu karang atau snorkelling .

6 . memudahkan pemakai menumbuk cili dan bawang menggunakan lesung batu jika ditugaskan berbuat demikian dan hasilnya , mata tidak akan berair + meleleh lagi .

7 . menggembirakan tauke2 kedai cermin mata kerana secara autometikli korang menjadi antara pelanggan tetap dorang .

8 . memanfaatkan kegunaan cuping telinga dan batang hidung yang mungkin kita tidak sedari selama ni iaitu berfungsi sebagai penyangkut cermin mata .

9 . pemakai nampa lebih bergaya dan smart kerana pelbagai rekaan cermin mata ada di pasaran sekarang .

10 . pemakai boleh menggunakan struktur ayat "dari kaca mata saya . . . . ." ketika memberi ulasan , pandangan , ceramah dan sebagainya .

so , marilah kita beramai ramai memakai cermin  mata ! *ehh . kejadah apa ? haha . kbai !

5 comments:

khairul said...

abg dh rabun tp x mo pki spec lagi..takot hilang kehenseman

yusuflaili said...

Salam;
betul..kalau tiada cermin mata aku tak dapat baca entri2 korang semua.

nifi2408 said...

khairul : iskk . pakai laa . orang yang pakai spec lagi hensem tau :D

YL : haaa . betul3 :D

noriko said...

like komen khairul kjap. ngah3. tp aku mnyampah gle nak mamm ble power spek aku btambah. cissss.haha time ksih puji lgu kat blog aku. weeeee~

www.raybanspec.com said...

Bila memakai cermin mata, wajah nampak berlainan.

Tips Pemakaian Kaca Mata Hitam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...