Tuesday, July 12, 2011

KEBAIKAN BERBAJU KURUNG


zaman sekarang ni , dah tak ramai orang perempuan yang rajin nak pakai baju kurung . dorang lagi suka pakai jeans , tshirt , gaun , blouse , blablabla . dah macam lelaki dah aku tengok . yang lagi teruk , separuh bogel pun ada . tak cukup kain laa katakan . haha . kali ni , aku nak cerita laa sikit pasal kebaikan baju kurung . harap harap aku ni membantu laa dalam menaikkan pakaian tradisional kat malaysia ni . prasan ! kahkahkah ! :DD

1 . angin sepoi sepoi bahasa senang menyapa tubuh *chewahhhh*

2 . aurat sentiasa bertutup . takde lahh nampak sana , nampak sini kan .

3 . tidak menambah dosa kaum lelaki dan diri senditi kerana melihat lekuk lekuk badan yang macam macam bentuk tuh .

4 . meneruskan warisan nenek moyang kita . tak kan nak tengok baju kurung ni hilang je kan .

5 . sememangnya menjadi tradisi terutama semasa perayaan , ziarah menziarahi , dan upacara keagamaan yang lain .

6 . sesuai dipakai dalam apa jua acara kecuali untuk beriadah . jangan korang buat gila pakai baju kurung pegi marathon pulak .

7 . wanita yang memakai baju kurung sememangnya nampak lebih ayu + cantik + cun + lawa + blablabla .

8 . pasti akan ditegur rakan rakan jika memakai baju kurung yang baru atau cantik . *aku pernah kena ni . korang tak pernah kena , tipu laa tuh .*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...