Saturday, July 2, 2011

JANGAN BANDINGKAN AKU DENGAN RASULULLAH SAW

Takde introduction . Takde pengenalan . Terus kepada isi . Aku agak speechless . Tapi , nak jugak luahkan ketidakpuashati tuu . Ok , direct to the point . Cuba korang tengok dan baca apa yang terdapat dalam gambar kat bawah ni .



Cuba terangkan apa yang korang rasa bila tengok dan baca gambar ni . Speechless macam aku jugak ? Atau rasa biasa biasa je ? Untuk pengetahuan korang , gambar ni milik aku hokeh . Takde curi curi punya . Original dari ladang .

Aku bukan nak cakap aku betul . Mungkin aku salah sebab tak balas salam yang dia hulurkan . Tapi dia takde hak nak bandingkan aku dengan Rasulullah saw . Ayat dia "rasulullah pomn x mcm 2" tu menunjukkan yang dia bandingkan aku dengan junjungan besar kita . Sape laa aku ni kalau nak dibandingkankan dengan Rasulullah saw kan . Aku rasa kat situ dah salah .

Kedua , bila orang dah tak layan , mula laa nak keluar ayat ayat yang kononnya menunjukkan dorang ni baik + alim + tinggi ilmu agama . Aku bukan cakap saja saja . Friends aku kat fb tu dah mencecah 3000++ . Dah banyak lelaki macam mamat ni aku jumpa . Bila tak dilayan , mula laa nak keluarkan bahasa kesat , nak cakap orang sombong . Bagi aku , hak masing masing kalau nak berkawan . Apa hak mamat tu nak desak aku balas chat dia ?

Ketiga , mungkin pada waktu dia hantar chat tu , aku tengah buat benda lain . Balas chat orang lain ke , pergi toilet ke . Senang cakap , ada sebab laa aku tak balas chat dia . Wajar ke dia buat aku macam tu ? Sepatutnya , tanya dulu kenapa tak balas chat . Ni tak , terus nak cakap orang macam tuu . Siap nak banding bandingkan pulak tu . Kat situ pun dah ada satu kesalahan dia .

Keempat , korang pikir sendiri . Aku sendiri tak larat nak teruskan . Lelaki , kebanyakan yang aku jumpa memang macam ni .  Pentingkan diri sendiri . Tak ada rasa sabar . Bila tak dapat , memang akan buat macam ni .

Buat yang berkenaan , kalau kau rasa aku sombong , ya aku memang sombong . Aku memang ada hak untuk menyombongkan diri lagi lagi kepada lelaki yang aku tak kenal macam kau . Aku bukan bodoh untuk terima ajakan chat kau tak tentu pasal . Mungkin bermula dengan chat biasa . Tapi tak mustahil jugak aku akan terpedaya dengan kau . Jadi , maaf sebab tak layan kau , dan alhamdulillah untuk semua tuduhan kau . :)

9 comments:

sYaZa said...

ingatkan kite je kena macam nie. awak pon same jugak eh? same la kite. annoying kan orang macam nie? lagi malas nak layan. hee! :)

nifi2408 said...

syaza : gila annoying . bayangkan kalau semua friends lelaki kat fb tu buat macam ni . naya kita :D

mzhany said...

erkkk, boleh plak nak gunakan nama Rasullullah kan. ni setelah berapa lama nifi tak reply dia cakap mcm tu? kalau 5minit tak reply, terus sound mcm tu, buang je lah dr frend list. ahaha geram plak akak...emo ok!

nifi2408 said...

mzhany : dalam 5minit macam tu laa . hari yang sama jugak .

pakcekk jenglott said...

haha , memang banyak kesalahan .
**tapi memang betul .

apik pehe said...

biar jer lah kat dia..
biar dia main sorang2..
lame2 nanti senyap la tu..huhu

Dakara said...

pernah kena jugak, tapi lagi best, dia kate kite kafir =='

terus block dia.

nifi2408 said...

pakcekk : menyokong laa ni ? kahkahkah :D

apik : dah remove dah pun. menyampah laa dengan orang macam tu.

nifi2408 said...

Dakara : Kafir ? Eii . Melampau betul . Siapa dia tu nak panggil orang lain kafir ? Geram pulak dengarnya. Haihh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...