Monday, June 20, 2011

TIPS BERJOGGING


Untuk mendapatkan badan yang langsing , korang bukan kena jaga diet je , tapi korang boleh jugak buat aktiviti aktiviti yang keluarkan peluh . Contohnya jogging . Untuk berjogging , ada beberapa tips yang aku nak bagi kat korang , dan korang wajib ikut hokeh .




1 . KASUT
jangan gunakan sandal atau kasut pegi noreh getah apatah lagi kasut tumit tinggi . kang tergolek tetengah jogging tu , aku tak tau ok . sebetulnya , guna kasut sukan yang sesuai dengan kaki korang . baru laa dapat berlari dengan pantas + laju , macam bapak aku :D

2 . PAKAIAN
memakai seluar jeans atau skirt mini atau seluar slack amatlah tidak digalakkan semasa berjogging . korang ingat pakai mini skirt boleh rasa angin angin ? jangan nak cari pasal lerr . pakai seluar track ngan tshirt yang serap peluh untuk keselesaan yang ekstrem !

3 . LOKASI
korang boleh trek yang yang selesa dan berbukit . kat tepi tasik ke , macam kat shah alam tuu . yang penting , jangan berjogging kat jalan raya . yea , tau . korang maybe boring dengan persekitaran yang sama . tapi korang nak ke mati katak ? aku tak nak . :P

4 . POSTUR TUBUH
korang mesti berjogging dalam keadaan badan korang tegak . jangan menggedik nak jogging dengan bahu , pinggang ngan kepala membongkok . macam orang takde tulang belakang je . sotong ke apa korang ni ?

5 . KETIKA JOGGING
haa . yang ni paling penting . kalau dah ada niat nak jogging tu , jogging laa hari hari kalau boleh . kalau tak boleh 3 kali dalam seminggu pun ok . sebulan sekali tuu , boleh laa dimaafkan . jangan setahun sekali udah lerr .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...