Monday, June 13, 2011

SCENE TV YANG MENIPU

Bercakap mengenai fantasi dalam tv , korang tau tak scene yang disiarkan dalam drama drama tv tu bukannya hakikat sebenar yang terjadi kat dunia ni . So , kena laa tambah rempah ratus sikit supaya cerita yang disiarkan tu jadi bst dan seterusnya menaikkan rating cerita tu . Jom tengok scene scene yang telah dirempah ratuskan . :D

SCENE 1 :
Dalam cerita perang , geng jahat digambarkan kejam kerana sanggup bunuh kawan sendiri jika tiada pilihan lain sebaliknya geng baik sedaya upaya menyelamatkan kawan yang memang dah takde harapan nak hidup lagi .

SCENE 2 :
Suasana kat hospital digambarkan sentiasa sibuk . Dengan gelagat para doktor dan misi yang bertungkus lumus merawat dan menyelamatkan pesakit . Ada yang cedera parah , ada yang kena usung atas katil  dan sebagainya .

SCENE 3 :
Kalau cerita penyiasatan pulak , semua jenis jenayah mampu diselesaikan dalam satu kumpulan khas yang terlatih . Kumpulan ni pulak , menguasai semua bidang tak kira laa bidang penyamaran ke , bidang gaduh gaduh ke .

SCENE 4 :
Kalau cerita cinta , si kapel memadu kasih sambil menyanyi dan menari . Siap ada iringan muzik orkestra . Penari iringan pun ada .  Kat dunia sebenar ada ? Haha :D

SCENE 5 :
Dalam cerita berkisar penyiasatan forensik pulak , penyiasatan tidak mengambil masa yang lama untuk disetelkan . Dah tu , peralatan yang digunakan terlalu canggih dan lengkap .

SCENE 6 :
Proses kehakiman berjalan lancar . Takde tangguh tangguh mehh . Semuanya beres sekelip mata . Yang baik , akhirnya terlepas . Yang jahat , kena tangkap . Tak macam dunia realiti , kadang kadang yang baik kena tuduhan palsu lalau ditangkap serta dipenjarakan .

p/s : ada lagi nak tambah ? tambah kat komen erk :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...