Friday, June 10, 2011

SAKA


MAKSUD SAKA

Saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).

KRONOLOGI PERPINDAHAN SAKA SELEPAS KEMATIAN TUAN

Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru.

GOLONGAN YANG MENJADI SASARAN SAKA

1 . anak cucu yang cetek pengetahuan agama
2 . sering melakukan maksiat
3 . meninggalkan ibadat
4 . anak cucu yang lemah fizikal
5 . yang menginginkan kehebatan dan kelebihan si mati
6 . anak cucu yang tinggal serumah dengan si mati

CARA SAKA BERPINDAH

1 . anak cucu mengamalkan jampi tertentu yang diambil dari si mati
2 . anak cucu menyimpan barang peninggalan si mati

GEJALA WAKTU TIDUR

1 . Susah tidur malam.
2 . Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
3 . Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
4 . Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
5 . Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
6 . Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
7 . Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
8 . Berdiri dan berjalan ketika tidur.
9 . Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
10 . Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
11 . Mimpi melihat budak kecil.
12 . Mimpi melihat salib atau gereja.
13 . Merintih dan menangis ketika tidur.

GEJALA WAKTU JAGA

1 . Selalu pening kepala.
2 . Lalai mengingati Allah SWT
3 . Sering lesu dan malas.
4 . Rasa sakit di salah satu anggota badan.
5 . Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
6 . Lenguh sendi-sendi utama.
7 . Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
8 . Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
9 . Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
10 . Mudah marah dan panas baran.
11 . Emosional dan terlalu sensitif.
12 . Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
13 . Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

CARA MENGELAKKAN

1 . Perlu percaya dan benar benar yakin hanya Allah SWT yang mampu menyembuhkan
2 . Amalkan zikrullah, membaca surah Al-Mulk sebelum tidur
3 . Berwuduk sebelum tidur atau menggauli isteri
4 . Membaca surah Yaasin sebelum Subuh
5 . Membaca Bismillah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan.
6 . Sentiasa perdengarkan bcaan ayat ruqyah di rumah

2 comments:

NOOR FATIN said...

selalu mengamalkan ayat2 suci Allah untuk mengelakkannya. bahaya..wuu

nifi2408 said...

insyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...