Tuesday, June 14, 2011

MENGATASI PERASAAN GUGUP

Heheh . Hari ni nak buat entry pendapat jugak . Tiba tiba banyak pulak idea ni . Selalunya tak . Kuikuikui . Gugup ? Apa tu ? Gugup tu macam bingung secara tiba tiba laa . Kadang kadang , korang mesti mengalami perasaan gugup . Tak kira laa dalam situasi apa pun , mesti pernah punya laa . Kalau tak pernah tuu , tipu la . So , aku terpikir , macam mana yea nak hilangkan rasa gugup ni ? Kat bawah ni situasi dan cara mengatasinya :)


1 . SEMASA TEMUDUGA
Kalau korang rasa gugup dengan soalan soalan yang penemuduga tu akan tanya , korang pun sediakan jugak soalan untuk penemuduga tuu sebagai jawapan . Tengok diorang boleh jawab ke tak . Heheh :D

2 . RIBUAN PEMINAT
Kalau korang rasa gugup tengok ramai gila peminat atau penonton korang masa nak menyanyi , nak berlakon atas pentas , korang ajak laa diorang tarik nafas and buat senaman ringan . Manfaatkan 5minit supaya korang boleh bertenang . Ok laa tu kan , daripada korang kena baling botol ngan diorang . Kuikuikui :D

3 . PERGI DATING
Sekiranya korang nak pergi first date , elok laa korang jalan beriringan dari mula korang keluar . Mulai dari rumah sampai laa korang masuk balik dalam rumah korang tu . Cukup laa sekadar pandang pandang and senyum senyum . Tak payah cakap pun takpe . Nanti tergagap pulak kan ? :P

4 . DEWAN PEPERIKSAAN
Kalau korang rasa gugup bila masuk dewan peperiksaan dan jawab soalan peperiksaan , haa . . . elok laa korang bertaubat . Nampak sangat tak bersedia lagi . Maknanya otak korang tu kosong lagi . Untuk yang ni , aku takde cara nak atasi kegugupan . Takkan nak sediakan toyol pulak kan ? Tak pasal pasal je nanti .

5 . UJIAN MEMANDU
Kalau korang rasa gugup bila orang JPJ duduk sebelah korang , korang suruh laa dia duduk kat belakang . Kalau dia tak nak jugak , suruh je dia yang bawak kereta tuu . Tak pun , bagi laa sekupang dua buat minum kopi . Kalau kena tangkap ngan LHDN , jangan salahkan aku hokeh :D

6 . DAPAT ANAK
Ok . Yang ni serius . Tak main main macam yang kat atas ni . Kalau ni first time korang ada dalam labour room untuk tengok anak korang disambut , elok laa beristifar banyak banyak . Baca bismillah 21 kali , 4 ayat qul ngan al fatihah .

p/s : mintak maap untuk kemengarutan yang timbul :D

2 comments:

amna said...

thanks for sharing tips ^^
tips pertama tu saya sokong sbb, bila kita mula berkomunikasi (tanya soalan pada intrviewer/jawab soalan interviewer) akan datang konfiden & keberanian SIKIT-SIKIT ^^

nifi2408 said...

AMNA : betul2 . konpiden jek bila dapat pangkah penemuduga tu kan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...