Monday, June 13, 2011

LELAKI PELUPA

Hari ni takde fakta fakta . Aku just nak bagi pendapat . Pasal penyakit pelupa . Selalunya penyakit pelupa ni dikaitkan dengan orang perempuan . Tapi orang lelaki pun tak dikecualikan tau . Hahah . Hari ni aku nak back up perempuan . Yang lelaki , jangan panas punggung pulak . Hoho :D

Macam mana nak cerita ekk ? Ok , macam ni laa . Aku terangkan dalam bentuk peristiwa . Mungkin lagi senang untuk korang paham kan . Lagi pun , aku tak pandai laa nak terang terang ni . Nanti lain yang aku terang , lain yang korang paham . Tak pasal pasal terpopular pulak aku macam datin tutttt . Hoho :D



Situasi 1 : Kalau tengok perempuan lawa , otak diorang semuanya sepesen je . Kompem lupa bini . Lupa gelpren yang ada kat sebelah tu . Tengok perempuan tu macam nak tembus baju , atas bawah pulak tu . Penyakit lupa laa tuu .

Situasi 2 : Kemampuan nafkah batin memang tidak dipertikaikan , faktor untuk berbini lebih laa katakan . Tapi , tang nafkah zahir tu je yang kantoi . Lupa diri laa tuu . Keje takat bawak lori , ada hati nak berbini lebih . Kalau mampu takpe , ni kais pagi , makan pagi .

Situasi 3 : Nampak keadaan fizikal bini yang agak macam dah ganyut , mula laa nak bising bising . Itu kurang . Ini kurang . Dah tak bergetah laa . Layanan kurang laa . Hello , kalau bini tuu dah tua , korang yang laki ni nyah tua ke ? Muda sampai bila bila erk ?

Situasi 4 : Leka tengok tv sampai pagi . Lepas tu miss solat subuh . Bila ditanya , "lupa" lahh , apa lagi . Hamboihhh , rancangan tv yang pagi pagi tuu boleh pulak korang ingat . Asal solat subuh yang sekejap , tak sampai 10minit tu korang boleh lupa ? Macam ni ke nak bimbing isteri ? Diri sendiri pun terumbang ambing lagi .

Situasi 5 : Mengalami gejala keputihan macam perepuan tapi tang kepala apabila masih cuba berpakaian sendat , ketat , fit . Tak sedar ke fizikal tu dah macam perempuan pregnant ? Ada hati lagi nak pakai baju fit macam tuu ? Nak pergi disko ke pakcik ?

p/s : ngee . hee . so sorry kalau ada yang terasa . pendapat ni ikhlas dari hati . ampunnnn :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...