Thursday, June 23, 2011

KENAPA KENA REJECT ?

Kalau korang perasan la kan . sekarang ni ramai sungguh penanam anggur a.k.a penganggur yang ada kat negara kita ni . Nak cakap takde kelulusan , nu haa , sijil bergantungan kat dinding rumah . Tapi tak dapat dapat kerja jugak . Zaman sekarang ni , penemu duga dah tak kisah sangat pasal sijil sijil ni kot . Diorang lebih suka tanya soalan kbkk budak sekolah yang agak mencabar minda korang nak menjawabnya . Berpeluh peluh jugak laa nak jawab . Jom kita tengok .




SITUASI 1 :
penemu duga tu tanya antara korang dengan pakwe korang sape yang yang selalu telefon . lepas tu korang jawab korang laa yang selalu menelefon . dah sah sah korang tak kan dapat kerja tu . kenapa ? korang ingat diorang nak ke pekerja yang suka mengbankrupkan kompeni ? bulan bulan bil telefon naik je . keje korang laa tu .

SITUASI 2 :
korang tak kan dapat kerja sebab tak paham soalan . contohnya , bila diorang tanya , korang sanggup tak buat ot . lepas tu korang jawab , sanggup kalau dibayar gaji untuk ot tu . hampeh . kalau macam tu , semua pekerja pun nak buat ot apa .

SITUASI 3 :
korang datang nak mintak kerja seketeri , tapi muka macam pontianak . dengan tak mekapnya , pakaian comot sana sini , macam mana nak dapat ? muka tak cantik pun takpe , asalkan pandai berhias . kalau tak , kompem kena tolak laa jawabnya .

SITUASI 4 :
korang pernah bercinta , lepas tu clash laa pulak . cinta terhenti separuh jalan je . bila ditanya kenapa tak cari yang lain , korang jawab "tak cukup kuat lagi" , "tak bersedia lagi" , dan sebagainya . yang tu pun , kompem kena tolak . sebabnya , korang takde keyakinan nak majukan diri korang , apatah lagi nak majukan kompeni .

SITUASI 5 :
korang pergi interview . belum apa apa dah tanya pasal gaji . hamboihhh . interview belum tentu berjaya , dah nak demand . macam mana orang nak ambik korang bekerja . pikir kepentingan diri sendiri je . tak pikir untuk syarikat pun . kompem reject !

2 comments:

M Fizan said...

haha..boleh tak nak setuju 15juta kali? bankrup kompeni kalau asyik gayut ngan pakwe guna telefon pejabat :P

nifi2408 said...

boleh sangat :D 150juta kali pun takpe :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...