Wednesday, June 29, 2011

KELEBIHAN LELAKI BERBANDING KUCING

Tadi , aku dok ralit main ngan anak kucing baru lahir ni , laki aku call pulak . Lepas cakap lebih kurang , letak . Aku terpikir pulak . Walaupun aku macam dah takde hati kat dia , laki aku ni ada jugak kelebihannya berbanding ngan kucing aku kat luar tu . Nak tau apa kelebihan korang wahai laki laki oii berbanding dengan kucing ? Jom !



1 . Diorang boleh belikan korang barang yang korang nak . Walaupun terpaksa , ada laa jugak kan .

2 . Walaupun diorang ada bulu , takde laa melekat sana sinun . Bersepah kat mana mana .

3 . Bau nafas diorang ok dan lebih harum berbanding kucing yang asyik bau ikan je sepanjang masa .

4 . Tak payah nak sediakan jamban berasingan yakni pasir sebab diorang manusia macam kita jugak .

5 . Kalau dia dah jadi husband kita dan ditemui mati , boleh laa korang claim insurans . :P

6 . Takde masalah rambut atau badan yang berkurap , apatah lagi berkutu .

7 . Cakar mencakar perabot , kain baju , langsir , dan sebagainya tak kan berlaku .

8 . Dinding rumah korang takde dipancut air seni macam kucing jantan korang buat .

Haha . Kan ke banyak kelebihan korang atau boipren2 atau hasben2 korang tuu . So , sila sila laa mengargai dorang ni . Tak rugi pun kalau hargai orang . Orang tu akan lebih menghargai kita ada laa . Tak caya ? Cuba laa ! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...