Thursday, June 23, 2011

BOSAN DI LAMPU ISYARAT MERAH ?


Apabila korang berada di jalan raya, korang mesti akan berhadapan dengan lampu isyarat . Kalau lampu isyarat tu kaler hijau , korang boleh laa jalan dengan suka hatinya . Tapi , kalau kaler merah ? Wajib berhenti hokeh . Nak tunggu lampu merah tu bertukar kaler , sikit punya bosan derr . So , untuk menghilangkan bosan korang tu , aku ada beberapa cadangan yang boleh diguna pakai masa korang tengah tunggu tu .



1 . bertegur sapa ngan pemandu kat sebelah kiri dan kanan . senyum senyum pun ok , sampai laa isyarat tukar kaler . senyum tu kan amalan mulia .

2 . kalau yang kat sebelah tu awek cun , boleh laa test kepoweran ayat korang . kenyit kenyit mata ke . kalau awek tu berkenan , ada kemungkinan korang boleh pergi dating ngan dia time tuh jugak .

3 . kalau korang ni seorang mekanik , boleh laa tukar minyak hitam kereta korang tu . nak tukar jadi minyak masak pun takpe . minyak zaitun ke . minyak kelapa , minyak senoyong . opss !

4 . kalau kereta korang time tuh kotor , boleh laa ambik masa yang secukupnya untuk membersihkan kereta korang tu . bila sampai kat lampu isyarat yang lagi satu , boleh laa polishhpulak . menjimatkan masa bukan ?

5 . haa . bagi yang gagal uji bakat akademi fantasi ke , mentol ke , malaysian idola ke , apa kata masa yang ada tuu dimanfaatkan dengan memberi persembahan percuma kepada pengguna jalan raya yang lain . naik je atas bumbung kereta , nyanyi la . pastikan ambulans hospital sakit jiwa takde masa tuh .

6 . bagi yang kaya sikit tuh , apa salahnya pasang set tv ngan dvd player dalam kereta korang tuh . kang time boring boring tunggu isyarat lampu tukar kaler , boleh laa korang tengok movie baru . dengan speaker yang diubahsuai , perghhh . macam cinema !

7 . kalau kredit habis , boleh laa lari kejap ke kedai berhampiran untuk beli kredit korang . kalau baik hati , boleh belikan untuk pengguna jalan raya yang lain . kan dah dapat pahala . free free jek .

8 . bagi yang membela haiwan peliharaan macam kucing ke , anjing ke , sugar glider ke (o_O) , boleh laa manfaatkan masa yang ada untuk bermesra mesraan dengan binatang peliharaan korang tu . binatang pun ada perasaan tau . jangan la diabaikan beliau yang berkemungkinan telah terpisah dari keluarga , blablabla . tett ! sorry , terover . =.="

9 . kebetulan minyak kereta atau motor korang dah nak habis , boleh laa lari ke stesen minyak yang berhampiran . isi minyak dalam botol dan berlari sepantas kilat balik ke kenderaan korang . make sure korang berjaya buat semua tu sebelum lampu isyarat tukar kaler . nak lagi advance , bet dengan pengguna jalan raya yang lain .

10 . masa yang ada boleh digunakan dengan cara nyembang ngan ahli keluarga , gelpren , boipren , anak anak , mak , bapak , etc yang tengah ada dalam kereta korang tu . selain merapatkan silaturrahim , boleh laa jugak pow diorang seposen dua . bukan apa , ingat minyak kereta free ke ?

p/s : kalau ada yang kena saman ngan polis ke , kena tangkap ngan polis ke , jangan cari aku hokeh . aku miskin :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...